Sunday, February 27, 2005

Lagu yang Taufik nyanyikan...

Aha.. mungkin murid-murid cg merasakan perkara-perkara yang dibincangkan di sini kurang menarik.. agaknya kalau cg suruh beri pendapat tentang persembahan Taufik di APM, lain cerita :)
Bagi murid-murid cg yang telah menyaksikan persembahan beliau: pada pendapat awak, apa agaknya maksud lagu 'Bukan Kerna Nama' yang dinyanyikannya itu? Bagaimana perasaan awak apabila mendengar lagu itu? Untuk melihat lirik lagu tersebut klik alamat berikut: http://www.liriklagu.com/liriklagu_nr/RamliS_Bukan.html

Wednesday, February 23, 2005

Sedih...

Rasa-rasanya tidak ramai murid cg yang ingin mengambil peluang menggunakan bahasa Melayu mereka melalui blog ini... sedih juga rasanya kerana sambutan terhadap blog ni agak dingin.. :(
blog ini bukanlah untuk cg mencari kesalahan murid-murid dari segi bahasa, tetapi ianya diadakan supaya murid-murid dapat berlatih meluahkan perasaan atau berkongsi pengalaman..
bagi yang telah menghantar komen atau pendapat, terima kasih cg ucapkan.. teruskan.. bagi yang belum, cg nantikan 'suara-suara' anda...

Friday, February 18, 2005

Hari PM

PM - Pertahanan Mutlak ler.. Sempena hari PM tahun ni, cg berkesempatan pergi ke Pusat Interpretatif 'Reflections at Bukit Chandu'... wah! canggih sungguh tempat ni.. tiga hari lepas cg juga berpeluang menghadiri Majlis Peringatan Mangsa-mangsa awam Perang Dunia Kedua di Connaught Drive... itulah kali pertama cg menghadiri majlis tersebut.. menarik menyaksikan cara majlis itu dijalankan.. banyak pengajaran yang dapat dipelajari melalui lawatan-lawatan ini.. murid-murid cg yang pergi ke tempat-tempat ni, kongsi ya!

Tuesday, February 15, 2005

Apa dah jadi?

Ada murid cg yang mengatakan rancangan doku-drama 'Hanyut' yang disiarkan di Suria kurang realistik.. tidak pasti pula sama ada dari segi lakonannya atau dari segi keadaan yang dipaparkan dalam rancangan itu. Walau apa pun, satu perkara yang menonjol yang dipaparkan dalam setiap episod ialah hubungan antara remaja dengan ibu bapa mereka. Nampaknya, setiap masalah berpunca di rumah.. ada yang terlalu dikongkong dan ada pula terlalu bebas..kalau dinasihati tidak mahu diterima..apa dah jadi dengan remaja kita sekarang??

Saturday, February 05, 2005

Bertikam lidah

Tadi cg menemani beberapa orang murid yang bertuah yang dapat menghadiri bengkel bahas yang julung-julung kalinya dianjurkan 4PM(http://bahas4pm.blogspot.com) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.. nanti cg minta ketiga-tiga murid tu (dari kelas 4E) untuk berkongsi pengalaman mereka tentang cara-cara bertikam lidah dengan beretika.. mungkin pada masa depan boleh kita adakan perlawanan bahas antara kelas/peringkat.. mesti seronok.. tetapi..awak semua minat berbahas?

Baiklah, cg sudah ada pemenang bagi pantun dua kerat tempoh hari, iaitu E'zzati dari 3E4. Tahniah! Hari Isnin nanti cg beri hadiahnya, ya!

Thursday, February 03, 2005

Pantun 1/2 kerat?

Semalam cg menonton rancangan Fiesta Komedi.. tak kering gusi apabila para pelakon mula berpantun dua kerat..tetapi lama-lama pantun-pantunnya jadi pendek: sey sey sey terima kaseh!.. hai.. rosak pantun.. apa pendapat awak semua? Sementara itu, siapa tahu lengkapkan pentun dua kerat ini?
Siakap senohong gelama ikan duri
________________________
[murid pertama yang hantar jawapan tepat, cg beri coklat! :)]

oh ya, seboleh-bolehnya, sedaya-upayanya, cuba gunakan Bahasa Melayu (bila beri komen, dll)...bolehkan?
Hidup BM!

Wednesday, February 02, 2005

Salam semua!

Salam kepada semua.. terutama buat murid-murid cg yang sedang membaca.. akhirnya tercipta juga blog cg. sebenarnya tidaklah susah sangat mencipta blog ni, cuma seringkali 'tak ada masa' (macam biasa dengar).. Namun, demi murid-murid semua, diluangkan juga masa untuk mencipta blog ni supaya dapat digunakan dalam pembelajaran BM.. biar lebih seronok.. lebih menarik.. dapat berkongsi idea, pendapat, perasaan... ok, kalau murid-murid ada komen ataupun saranan, silakan.. cg sabar menanti :)