Thursday, November 01, 2007

Kongsi ulasan buku

Cikgu harap murid-murid 3E dapat meluangkan masa untuk membaca sekurang-kurangnya sebuah buku cerita Melayu (kalau lebih banyak, lagi bagus!). Sesudah membaca, silalah berkongsi apa yang telah diperoleh daripada membaca buku itu di ruangan ini. Jangan lupa untuk sertakan judul buku dan nama pengarangnya.

5 Comments:

At 11:43 pm, Anonymous Anonymous said...

Tajuk Buku: Trilogi
Tajuk Cerita: Ke mana kasih hendak dibawa
Pengarang Cerita: Khadijah Hashim

Ringkasan cerita
Ros aniza hidup serba mencukupi. Datang daripada keluarga yang kaya, dia bersekolah di sekolah asrama terkenal. Sayangnya, ibu dan bapanya sudah berpisah. Kerana dia seorang anak tunggal, hidupnya ibarat mainan yang sentiasa direbut-rebut oleh ibu bapanya. Percubaan Ros untuk menyatukan orang tuanya selalu gagal kerana mereka terlalu mementingkan cara hidup mereka sendiri. Ayahnya seorang ahli politik yang mempunyai ramai teman wanita manakala ibunya seorang pelukis terkenal dan amat rapat dengan seorang lelaki barat. Ros Aniza sentiasa ingin mencari kebahagaiaan dan dalam hidupnya sendiri. Dia sedar bahawa kekayaan bukan segalanya dan kasih sayang amat penting dalam hidup setiap insan.

watak menarik
Zuriah(teman rapat Ros Aniza)
walaupun dia seorang anak yatim, dan dibawah jagaan rumah kebajikan, dia amat bersyukur dengan kehidupannya. Dia selalu menasihati Ros supaya tabah menjalani hari-harinya. Zuriah tetap bersabar walaupun selalu dituduh oleh teman-temannya yang lain bahawa dia berkawan dengan Ros hanya kerana kekayaannya.

Adegan menarik
Adegan ketika Ros Aniza bergaduh dengan Rafedah.
Rafedah seorang yang sangat becok dan percakapannya selalu tidak beralas. suatu hari, dia telah mengheboh-hebohkan tentang ayah Ros yang terlibat dalam suatu skandal di depan ramai murid . Ros tidak dapat menahan marahnya dan langsung menumbuk Rafedah. terjadilah pergaduhan antara mereka hingga Ros pengsan dan tidak sedarkan diri.

Pengajaran yang diperolehi
Pengajaran yang saya dapat dalam cerita ini adalah kita harus bersyukur dengan apa adanya kerana ada lagi ramai orang tidak bernasib baik seperti kita. Kita juga harus bertimbang rasa dengan perasaan orang lain dan jangan mementingkan diri sendiri. Cerita ini juga mencungkil pentingnya kebagiaan dalam keluarga. Jika keluarga kita berpecah-belah, tentu sahaja kita akan kekurangan kasih sayang dan akan menagihkannya. Jadi dengan itu, saya juga dapat mempelajari untuk lebih menghargai keluarga saya. :)

5 Frasa menarik
-membanting tulang memandikan terik mentari
-lena dalam dakapan asmara
-satu daripada jutaan buih di pantai yang sering mengharapkan butiran pasir mengingati kehadirannya
-mengalir dalam sedar, menyusup dalam debar
-irama yang beralun tenang menusuk kalbu

 
At 12:34 am, Anonymous Anonymous said...

Judul Buku: Mira Edora
Nama Pengarang: Khaijah Hashim

ULASAN
Mira Edora adalah sebuah cerita tentang kasih sayang dan cinta. Emak Mira, Hapipah, sangat sibuk dengan pekerjaannya hingga tidak ada masa untuk anaknya sendiri. Bapa Mira sudah lama meninggal dunia. Hapipah Bertemu semula dengan kekasih lamanya, Nordin. Mira pula terjatuh hati kepada kekasih emaknya. Siapakah yang akan maksn nasi minyak siapa?
Teruskan membaca buku ini agar segala persoalan di minda anda terjawab.

ADEGAN MENARIK
Adwgan yang menarik adalah adegan Mira bersama pembantu rumahnya, Hawa.Hawa menceritakan kepada Mira tentang perkahwinanna pada umur enam belas tahun dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan bapa keana dia sebaya emak Mira pada masa itu. Beberapa hari kemudian Mira pula yang menceritakan kepada Hawa,"Dia lelaki yang baik. Mira suka dia. Mira cintakan dia". Itulah yang sangat lucu yang membuat saya geli hati memikir tentangnya. Mira telah salah faham. Sayang yang dikatakan seperti bapa kepada anaknya kerana dia hendak kahwin dengan Hapipah, emak Mira, jadi bersiap mengambil tanggungjawab sebagai seorang bapa.

PENGAJARAN
1)Salah sangka boleh membuat kamu dan orang sekeliling keliru. Jika ada yang kurang pasti harus ditanya untuk menjelaskan apa yang mengelirukan.
2)Jika kamu ada teman lelaki/wanita ada kebaikannya. Kamu boleh mengadu kepadanya apabila ada masalah.

FRASA MENARIK
1)terpesona melihat kejelitaan
2)bertukar kawan seperti dia menukar baju
3)runtuh segala tembok dendan
4)ditelan bulat-bulat sambil menyimpan dendam yang tidak ada akhirnya
5)setiap detik yang berlalu dirasakan seperti menghimpit diri

MUHAMMAD DANIAL BIN RENNIE 4E3
SELAMAT TAHUN BARU! HEE.

 
At 8:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Tajuk Buku : Anjung Kasih
Nama Pengaran : Mohd. Ghazali Tocheh

Ulasan Cerita -

Anjung Kasih ialah sebuah novel tentang pengalaman kehidupan seorang wanita bernama Maslina. Dia bercita-cita untuk berlepas dari kepompongan kehidupan kininya yang amat membosankan. Cita-citanya semakin mendalam setelah abangnya, Anas, dapat berkeluarga dan mendirikan rumah tangga. Kerana ini, dia berasa sungguh cemburu dengan abangnya, dan dia terus memburu impiannya. Novel ini berceritakan tentang pengalaman-pengalaman yang di alami oleh Maslina semasa dier memburu impianya.



Adegan Menarik -


Adegan yang sungguh menarik ialah adengan ketika Maslina mendapat tawaran untuk bekerja di Pulau Pinang, dan peluang tersebut ialah perngkat yang pertama kepada cita-citanya, dan bila Maslina terjumpa Norman, seorang lelaki yang dapat merubahi cara kehidupan Maslina.


Pengajaran -


1) Jika seseorang itu bersabar, impiannya akan dicapai tidak lama lagi.
2) Jangan berasa cemburu kerana orang lain sudah mencapai impian mereka.


Frasa Menarik -



1)setangkas kilat
2)turut terjejas sesaat
3)Angkasa raya membiru
4)kembali menjulur masuk
5)air matanya berderaian dan bercucuran keluar.


Akmal Hakim (17) - 4E1'08

Tamat. o_O.

 
At 9:50 pm, Anonymous Anonymous said...

Tajuk Buku : Setulus Hati Masitah
Pengarang : Mohd Tajuddin Hj.Abd. Rahman

Ulasan:
Cerita ini ialah tentang seorang gadis remaja yang cita-citanya setinggi gunung. Pada saat-saat dia menghadapi debar peperiksaan sesuatu mengacaukan ketenangannya. Fadli, sepupunya yang sekian lama tidak bersua muka tibi-tiba mengunjunginya di asrama,seutas rantai emas dihadiahkan kepadanya. Cerita ini juga ada pengorbanan, kesetiaan, kekecewaan, kasih, harapan dan impian yang ada pada kehidupan remaja.

Adegan Menarik:
Adegan yang menarik adalah apabila Fadli berjumpa semula dengan Masitah di asramanya yang sudah lama tidak berjumpa. Itu memang menarik kerana ia menujukkan berape rapat tali pesaudaraan mereka.

Pengajaran yang perolehi:
> Jangan disangka teman anda boleh menjadi seburuk kayu setelah berjumpa dengan seorang yang cantik atau kacak.

5 frasa menarik:
> diambilnya secara medadak sekali
> melupakan gelora rasa dan resah perasaanya
> mengukir senyuman
> Bunyi yang konstan dan rapi
> Retak dan bercalar

Dari:
Muhd Yazid Bin Mohd Jamil (4E1)

 
At 11:04 pm, Anonymous Anonymous said...

SRI REGNARD 4e3

Judul buku: Mira Edora
Nama Pengarang : Khadijah Hashim

Ulasan Cerita

Kehadiran Cikgu Nordin merubah kehidupan Mira. Beliau telah tersalah anggap tentang kasih sayang yang dicurah kepadanya oleh Cikgu Nordin. Apabila Mira mendapat tahu Cikgu Nordin akan menikahi ibunya, hatinya hancur berderai seperti kaca jatuh ke lantai. Dengan itu, Mira membawa diri. Kepulangan Mira ditunggu dengan tangan terbuka. Hanya masa yang menentukan segalanya.


Adegan-adegan menarik

Adegan yang menarik adalah apabila pengarang membuat saya berasa ingin tahu tentang apa yang akan berlaku selepas satu babak. Adegan apabila Cikgu Nordin diperkenalkan di dalam cerita ini membuat saya curiga akan kehadiran Cikgu Nordin. Banyak soalan tertimbul di dalam fikiran saya tentang apa kaitannya dengan ibu Mira Edora. Adegan lain seperti keputusan Mira dalam sesuatu masalah membuat saya sebagai membaca seperti berada di dalam cerita ini. Hati saya berdebar dengan sifat ingin tahu, apa agaknya keputusan Mira itu.

Watak-watak menarik

Watak yang menarik bagi saya adalah Mira Edora. Beliau adalah seperti anak-anak yang lain yang mahukan perhatian ibu-bapa. Cara beliau menangani masalah beliau berada di luar jangkaan. Cara pemikirannya ada kalanya masih kebudak-budakan tetapi ada kalanya seperti orang dewasa. Mira ada pendiriannya sendiri. Sifat yang luar biasa itulah yang meyakinkan saya beliau adalah watak yang paling menarik di dalam cerita ini.

Pengajaran

Pengajaran yang saya pelajari adalah sebagai seorang anak kita harus memahami kenapa ibu-bapa kita selalu sibuk dengan kerja dan kurang meluangkan masa dengan kita. Kita juga harus memahami keperluan mereka juga. Semua manusia ada berbuat salah pada masa dahulu. Kita harus memaafi mereka dan jangan sesekali berasa dendam terhadap mereka. Ia akan membawa padahnya. Saya juga mempelajari, sebagai orang anak jangan sesekali menyakiti hati orang tua kita. Pedih rasanya apabila melihat hati orang yang kita sayangi hancur begitu sahaja dengan satu kesilapan anak-anaknya.

5 Frasa menarik

1.membesar macam semut menghurungi gula

2.seperti bentuk setongkol bawang

3.hanya tinggal dilipatan sejarah

4.tidak ada kayu pengukur yang dapat mengukur sedalam mana kasih sayang itu

5.jari halus menari lincah di barisan mata piano

 

Post a Comment

<< Home