Monday, May 28, 2007

Agrofarm atau Hari Keluarga

Bagi murid-murid 3E, harap dapat berkongsi pengalaman dan perasaan sewaktu kamu membuat lawatan ke Agrofarm... atau semasa membuat perancangan (dan apa yang telah berlaku pada 26 Mei) untuk menjayakan Karnival Hari Keluarga 2007. Cuba gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. 3E boleh!
(Oh, ya... jangan lupa sertakan nama penuh/singkatan kamu selepas memberi komen!)
Buat pengetahuan semua, komen-komen hanya akan disiarkan selepas semua murid menghantar komen masing-masing.

10 Comments:

At 11:28 am, Anonymous Anonymous said...

MELAWAT AGROFARM

Pada tanggal 23 Mei 2007, bilangan pelajar-pelajar 3 Ekspres secara keseluruhan yang melawat tempat tempat yang bertemakan Agroteknologi amat mengagumkan. Keseronokan yang kami alami tidak dapat dinafikan. Tidak lupa juga tentang maklumat yang beralaskan pelajaran disebaliknya yang telah meningkatkan daya pengetahuan kita. Bagi diri saya pula, lawatan sebegini adalah satu cara meluaskan pemikiran anak muda kita. Jadi saya mengalu-alukan jikalau lawatan sebegini akan lebih sering dianjurkan oleh pihak sekolah. Kelas saya pun berangkat menuju ke destinasi pertama iaitu sebuah ladang tanaman yang menyimpan bermacam-macam spesis tumbuhan yang tidak asing daripada kehidupan seharian kita, seperti daun kari, sayur-sayuran seperti kubis,kangkong dan sebagainya. Ada juga buah-buahan yang unik seperti lidah buaya dan kacang buncis. Kemudian kami pergi menuju ke ladang ternakan ikan yang dikenali sebagai 'Qian Hu Fish Farm'. Di situ ada bermacam-macam spesis ikan yang diimport dari negara-negara Asia. Setelah penat bertanya saya mendapat tahu bahawa ada juga spesis laut seperti kura-kura,siput laut dan sebgainya. Kawan-kawan saya pula tidak melepaskan peluang membeli ikan yang dijual. Akhir sekali kami ke ladang orkid bernama 'Orchidville'. Di sini pula kami mempelajari bermacam-macam spesis bunga orkid. Tempat ini begitu unik kerana ia boleh membuat cetakan spesis bunga yang sama melalui proses yang dikenali sebagai kloning. Jadi bilangannya tidak terkira. Saya pun pulang dengan cenderamata berbentukkan beberapa batang bunga orkid. Pada hemat saya lawatan sebegini telah membantu saya menambahkan pengetahuan diri. Setelah melihat semua kehidupan yang berlainan daripada manusia,saya begitu kagum dengan kebesaran Allah. Akhir sekali saya berharap agar mereka yang memelihara binatang ternakan agar janganlah bersikap kejam kerana mereka juga makhluk Allah yang boleh juga merasakan kesakitan. Wassalam.....

 
At 11:51 am, Anonymous Anonymous said...

Minta Maaf cg. Saya baru lihat tugasan sekolah hari ini...

Melawat Agrofarm

Tujuan kami ke Agrofarm ialah untuk mengetahui tentang bagaimana perkebunan hari kini berlainan dengan masa dahulu dengan teknologi yang cangih dan pengetahuan yang lebih mendalam.

Sebelum saya melawat ke sana, saya berasa tidak sabar kerana saya suka pergi ke tempat –tempat seperti ini. Apabila berada di destinasinya, saya berasa kagum dengan bagaimana mereka menjaga perkebunan mereka seperti mengadang terlalu banyak lampu matahari dengan menggunakan jarring hitam dan fakta-fakta yang menarik.

Pengajaran yang dipelajari ialah kami harus mengada pengetahuanyang mendalam untuk maju kehadapan dengan dunia yang moden ini dengan teknologi yang cangih ini.

Danial

 
At 1:32 pm, Anonymous Anonymous said...

Pada pendapat saya, lawatan ke Agrofarm agak membosankan. Saya kurang minat dengan apa-apa yang ada kaitan dengan ia. Walaupun begitu, saya ada juga mempelajari beberapa pekara tentang sayur-sayuran, ikan dan bunga orkid! Pada mulanya saya tidak tahu bahawa di Singapura ada kebun sayur-sayuran(farm). Maklumlah, Singapura agak moden. Terdapat juga pelbagai jenis orkid! Ada yang besar, ada yang kecil dan pelbagai lagi. Dalam keseluruhan, ada juga saya dapat pelajari dalam lawatan ini.

- Syaheera. 3E1.

 
At 9:20 pm, Anonymous Anonymous said...

Salam sejahtera cikgu..

Di sini saya mahu menceritakan pengalaman saya semasa merancang serta mengendalikan gerai rumah hantu untuk Karnival Hari Keluarga.

Ia adalah untuk mengumpul dana sekolah dan juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.Kelas saya,3e3 dan 3e2 bergabung tenaga menjayakan gerai kami aitu rumah hantu.

Saya berdebar-debar menunggu hari Karnival kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk menyiapkan gerai kami.Semasa hari Karnival itu saya sangat gembira kerana semua berjalan dengan lancar dan saya dapat menjayakan watak sebagai hantu.

Kesukaran yang dihadapi ialah apabila kami hendak membuat kelas kami gelap gelita supaya dapat membuat persekitaran seperti di dalam rumah hantu.Surat khabar dan plastik beg hitam yang digunakan kerap jatuh kerana pelekat tidak begitu kuat.

Pada pendapat saya,apabila mengendalikan gerai kita perlu ada banyak idea kerana kita akan sering ada saingan.Idea kita harus yang baru dan menarik untuk menarik pelanggan.

sekian, terima kasih.

-regnard
ps.maaf kerana hantar lewat kerana tidak ternampak tarikh akhir menghantar.:(tsk

 
At 2:13 pm, Anonymous Anonymous said...

Lawatan ke Agrofarm tidak menarik. (sebanarnya not too bad) pertama, bas kelas saya sesat keran apek yang memandu bas tidak tahu arah jalannya. Selepas satu jam kami sampai destianasi yang pertama, iaitu tempat ikan. (fish farm). Kami cuma diberi menengok ikan dan terus menerukan dengen destinasi yang ke dua, iaitu kebun sayur-sayuran. Sekali lagi, kami hanya melihat pelbagai sayuran. Selepas ‘ vegetable tourguide’ menerangkan tentang sayuran itu, kami diberi minuman aloe vera. Denstinasi yang terakhir adalah kebun orkid. Selepas itu, kami pulang ke sekolah..

-Siti nadiah syed othman

 
At 2:23 pm, Anonymous Anonymous said...

Perlawatan di Agrofarm adalah satu pengajaran yang sungguh menarik kerana dapat melihat bagaimana mereka yang mengerjakan pekerjaan mereka di sana.Tujuan kami untuk ke Agrofarm adalah untuk membelajar pekerjaan yang boleh kami buat jika kami tidak ada kerja. Pengajaran yang saya pelajari adalah untuk menikmati keindahan alam ini dan juga untuk mengetahui bahawa ada kebun di Singapura yang mahu maju dalam peniagaan mereka.
Dari: Muhd Yazid

 
At 5:22 pm, Anonymous Anonymous said...

Karnival hari keluarga di adakan setiap tahun untuk menaikkan derma atau wang untuk kebajikan sekolah.pada tahun ini, kelas saya (3E3) membuat gerai 'Haunted House' atau 'Rumah Seram'.Betapa suasahnya hendak membuat rancangan ini kerana ramai murid tidak setuju dengan beberapa idea yang diberikan. Seronok juga dapat mengendali gerai tersebut kerana kita dapat menakutkan orang yang 'BERANI' masuk gerai kami.Semasa mengendali gerai tersebut, saya mendapati bahawa sukar untuk kita keluar untuk rehat sekejap selepas penat menjadi 'hantu' kerana tidak cukup 'hantu' di dalam. Pengajaran yang saya memperolehi semasa mengendali gerai tersebut ialah kita harus membincang tentang pada waktu bila kita boleh rehat supaya kita tidak menghadapi masalah kekurangan 'hantu' lagi.

Nurul~

 
At 7:28 pm, Anonymous Anonymous said...

Farid 3E1

Lawatan ke Agrofarm sungguh membosankan kerana tempat-tempat yang saya melawat tidak menarik.Tambah lagi setiba sahaja ke tempat pertama yang saya melawati,cuaca sungguh panas.Tempat berikut tidak mepunyai hawa dingin.Tempat kedua saya melawati tidak membosankan sangat kerana ikan-ikan yang dipamerkan sunnguh menarik dilihat disebabkan pelbagai warna ikan-ikan itu.Apabila kita tiba di tempat ketiga,cuaca mula betukar kepada mendung.Tidak lama kemudian ia mula hujan dengan lebatnya.Akhirnya,kami pulang ke sekolah.Melawat Agrofarm sungguh membosankan.

 
At 7:48 pm, Anonymous Anonymous said...

saya rasa lawatan ke agrofarm membawa faedah pada diri saya. saya telah banyak mempelajari pelbagai pekara yang saya fikir saya tidak akan tahu! saya rasa amat puas hati. saya dapat tahu bagaimana orang-orang kampung menumbuhkan sayur-sayuran! tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa di singapura juga ada kebun sebegitu, tetapi lebih kecil. saya suka!

NATASHA.

 
At 7:52 pm, Anonymous Anonymous said...

Sekolah telah adakan sebuah trip ke Agrofarm pada 23 May 2007. Ia sungguh seronok. Lebih sekali saya dibenarkan duduk bersama kawan baik saya, Amrit.

Pertama sekali, kami pergi ke sebuah tempat bernama 'Kok Fah'. Kami ke situ untuk belajar bagaimana sayur-sayur ditumbuh dan juga untuk belajar tentang sayur-sayur yang cukup luar biasa. Saya tidak begitu puas kerana cuaca sungguh panas dan pemimpin yang sedang mengajar, bercakap sungguh perlahan. Ia sungguh susah untuk memberi sepenuh konsentrasi saya. Yang teruknya adalah, saya ternampak cenubung sedang merangkak di lantai! Saya paling geli cenubung! Ia sungguh tidak selesa. Untuk membuat saya lebih tidak selesa, saya ternampak seekor cicak di sebelah saya! CICAK! Itu adalah yang PALING TERUK! Saya tidak sabar untuk keluar dari tempat itu.

Tempat kedua adalah Fish Farm. Cuaca di situ boleh tahan. Ia sungguh tidak panas. Pemimpin kami bernama, Ray. Dia sungguh lucu dan mesra. Dia juga muda. Itulah yang membuat kami lebih senang untuk bercakap dengan dia. Saya ternampak banyak ikan di sana. Ikan seperti arowana dan goldfish. Ray selalu bercakap tentang arowana tetapi saya tidak nampak kualiti ikan itu. Ray berkata arowana sungguh mahal. Selepas trip itu, kami pulang ke bas. Ray pun datang membawa plastik mengisi ikan. Saya ingat ikan yang cantik. Rupa-rupanya, ikan yang dia beri kami sungguh kecil seperti ikan bilis! Amrit dan saya tidak mengambil ikan itu kerana kita tahu ia akan mati pada esok hari. Oleh itu, kami memberi ikan kami kepada Mr Ong.

Tempat yang ketiga dan yang terakhir adalah Orchidville. Amrit dan saya sungguh gembira di tempat itu! Kami tidak boleh berhenti ketawa! Tetapi, tempat itulah yang paling bosan. Pemimpin kami tidak mengajar kami dengan seronok. Dia hanya bercakap, bercakap dan bercakap. Saya, setengah jalan sudah bosan. Yang paling seronok tentang tempat itu adalah, kami dapat masuk ke kontena yang berhawa dingin. Sungguh shiok! :)

-Nadirah. 3E3.

 

Post a Comment

<< Home