Sunday, March 12, 2006

Melepak...

Antara trend yang membimbangkan masyarakat Melayu kita ialah remaja-remaja yang suka melepak hingga larut malam.. apakah sebab-sebab ini berlaku dan apakah kesannya terhadap diri remaja itu dan juga pada masyarakat?

16 Comments:

At 10:09 pm, Anonymous Anonymous said...

pada pandangan saya, melepak adalah sebuah perbuatan yg tidak begitu baik..kerana ia membuangkan masa dan jugak boleh membahayakan diri kita kerana ia boleh melibatkan kecampuran dgn kwn-kwn yg tidak begitu baik..

tetapi, pada pandangan org lain, ia jugak agak baik kerana kita blh menghilangkan kepenatan serta masalah yg lain..di bawah blok, kita juga blh menjumpa dgn kwn-kwn dan membuat kerja-kerja masing di sana..

jadi, 'melepak' ade keburukan serta kebaikannya..

 
At 10:10 pm, Anonymous Anonymous said...

Remaja-remaja berlepak hingga larut malam...
Remaja-remaja ini kadang-kala diberi kebebasan yang keterlaluan.Masa ini tidak digunakan dengan aktiviti yang berfaedah tetapi dangan aktiviti yang membuang masa.
Sebab-sebab
-tercicir dari sekolah
-masa lapang yang keterlaluan
-dipengaruh kawan
-ibu bapa tidak memberi perhatian kepada mereka
-dimanja oleh nenek mereka

Melepak tidak membawa faedah jikalau membuat perkara yang tidak memberi kegunaan.Remaja suka membuat bising semasa berlepak sehingga menerima aduan dari orang yang tinggal berdekatan.
Tetapi, melepak tidak semestinya buruk.Melapak juga boleh membawa kebaikan.Seperti belajar atau mengulagkaji bersama kawan dan berbincang.

 
At 3:25 pm, Anonymous Anonymous said...

Pada pandangan saya, remaja-remaja suka melepak kerana kurang perhatian daripada ibu-bapa mereka. Oleh kerana ibu-bapa mereka sibuk bekerja, mereka lebih bergantung kepada kawan-kawan dan juga mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.

Remaja-remaja tersebut akan mudah bercampur dengan remaja-remaja liar yang lain. Ini menyebabkan mereka membuat perbuatan yang melanggar undang-undang seperti mencuri, menagih dadah dan lain-lain lagi. Ini juga menyebabkan kebanyakkan remaja dimasukkan ke rumah tumpangan untuk budak-budak yang tidak berdisiplin.

Kebanyakkan remaja suka melepak hingga larut malam di kolong blok dan membuat keributan sehingga mengganggu penduduk di blok tersebut. Masalah ini akan sering dihadapi oleh masyarakat yang lain jika perkara ini terus berlarutan.

 
At 7:05 pm, Anonymous Anonymous said...

Melepak adalah suatu perbuatan yang tidak baik pada pendapat saya kerana remaja-remaja berbuang masa dan bersia-sia.Mereka sepatutnya menggunakan masa untuk membuat sesuatu yang bermanfaat kapada diri mereka atau masyarakat.Remaja-remaja yang berlepak,selalunya senang terpengaruh dengan remaja-remaja lain yang MUNGKIN sudah hanyut..

Tetapi......
jikalau remaja-remaja berlepak di bawah kolong blok untuk menghabiskan kerja rumah atau berlepak di perpustakaan untuk belajar,ia bukan sesuatu perkara yang tidak baik kerana ia sungguh bermanfaatkan.

Melepak ada baik dan buruknya.Ibu bapa harus menolong anak mereka untuk memilih jalan hidup yang baik dan sesuai untuk masa depan mereka.Selain daripada pertolongan ibu bapa,remaja-remaja seharusnya mengambil tahu tentang perkara perkara yang mereka hendak mencapai dalam hidup dan jangan berbuang masa tetapi bekerja keras untuk mencapai cita-cita mereka.

 
At 6:11 pm, Anonymous Anonymous said...

Melepak…
Hmmm…
Pada pendapat saya ianya membawa kesan yang positif mahupun kesan yang negatif.
Di Singapura ini, melepak merupakan trend atau minat remaja-remaja masa kini termasuklah saya dan rakan-rakan sebaya dengan saya. Mereka akan melepak di kolong blok ataupun taman-taman yang berdekatan hinggalah larut malam dan kadangkala hinggalah mereka tidak pulang ke rumah.

Sebab –sebab mengapa mereka melepak ialah seperti berikut…
-stres dan ingin menenangkan fikiran dan minda mereka
-di rumah, adik-beradik mereka membuat bising dan ini amat mengganggu mereka
-ibu bapa mereka suka meleteh
-ingin berjumpa dengan kawan-kawan mereka dan menghabiskan masa dengan mereka
-ibu bapa yang tidak mengambil kisah dengan hal perihal anak-anak mereka
-keluarga yang berpecah belai
-tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan di rumah
-bosan di rumah

Kesan-kesan yang akan berlaku pada remaja-remaja ini…
Remaja-remaja ini akan terus membung masa di bawah blok. Mereka hanya bersembang, berbual-bual dan kononnya ingin merapatkan silaturrahim mereka bersama rakan-rakan mereka. Bagi mereka yang masih bersekolah lagi, mereka akan lalai dalam pelajaran mereka dan tidak endahkan tentang hal perihal sekolah mereka. Di sekolah pula, mereka akan berasa ngantuk dan ingin tidur. Ini boleh membuat remaja-remaja atuapun pelajart-pelajar tersebut tidak dapat belajar dengan khusyuk lagi jikalau guru sedang mengajar. Dengan itu, kadangkala remaja-remaja tersebut tidak ada lagi minat belajar dan terus berhenti bersekolah.

Remaja-remaja yang sedang melepak akan membuat bising dan menggangu ketenteraman masayarakat yang tinggal di daerah-daerah sana. Masyarakat-masyarakat dan penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan tidak ada aman damai dan sering diganggu olej bunyi bising yang dibuat oleh mereka yang sedang melepak.

Dengan itu, melapak hanyalah pada waktu yang tepat dan juga masa yang tepat dimana kita tidak harus membuat benda yang lebih penting lagi. Melepaklah dengan buku-buku dan kerja-kerja sekolah dan belajar di kolong blok barulah positif….

 
At 6:12 pm, Anonymous Anonymous said...

Melepak…
Hmmm…
Pada pendapat saya ianya membawa kesan yang positif mahupun kesan yang negatif.
Di Singapura ini, melepak merupakan trend atau minat remaja-remaja masa kini termasuklah saya dan rakan-rakan sebaya dengan saya. Mereka akan melepak di kolong blok ataupun taman-taman yang berdekatan hinggalah larut malam dan kadangkala hinggalah mereka tidak pulang ke rumah.

Sebab –sebab mengapa mereka melepak ialah seperti berikut…
-stres dan ingin menenangkan fikiran dan minda mereka
-di rumah, adik-beradik mereka membuat bising dan ini amat mengganggu mereka
-ibu bapa mereka suka meleteh
-ingin berjumpa dengan kawan-kawan mereka dan menghabiskan masa dengan mereka
-ibu bapa yang tidak mengambil kisah dengan hal perihal anak-anak mereka
-keluarga yang berpecah belai
-tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan di rumah
-bosan di rumah

Kesan-kesan yang akan berlaku pada remaja-remaja ini…
Remaja-remaja ini akan terus membung masa di bawah blok. Mereka hanya bersembang, berbual-bual dan kononnya ingin merapatkan silaturrahim mereka bersama rakan-rakan mereka. Bagi mereka yang masih bersekolah lagi, mereka akan lalai dalam pelajaran mereka dan tidak endahkan tentang hal perihal sekolah mereka. Di sekolah pula, mereka akan berasa ngantuk dan ingin tidur. Ini boleh membuat remaja-remaja atuapun pelajart-pelajar tersebut tidak dapat belajar dengan khusyuk lagi jikalau guru sedang mengajar. Dengan itu, kadangkala remaja-remaja tersebut tidak ada lagi minat belajar dan terus berhenti bersekolah.

Remaja-remaja yang sedang melepak akan membuat bising dan menggangu ketenteraman masayarakat yang tinggal di daerah-daerah sana. Masyarakat-masyarakat dan penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan tidak ada aman damai dan sering diganggu olej bunyi bising yang dibuat oleh mereka yang sedang melepak.

Dengan itu, melapak hanyalah pada waktu yang tepat dan juga masa yang tepat dimana kita tidak harus membuat benda yang lebih penting lagi. Melepaklah dengan buku-buku dan kerja-kerja sekolah dan belajar di kolong blok barulah positif….

 
At 5:22 pm, Anonymous Anonymous said...

melepak......
melepak ada dua kategori cikgu...
<< a >> negatif
<< b >> positif
oklah.... saya mulakan dengan negatif dahulu...
pada zaman sekarang cikgu... ramai yang mempunyai keluarga yang kedua-dua ibubapa mereka bekerja...
jadi si anak pula... tidak boleh melekat dekat rumah... maklumlah tidak ada orang di rumah.. jadi si anak menjadi bosan...
oleh sebab itulah ramai remaja-remaja yang suka keluar rumah dan merayau-rayau di luar seperti orang kehilangan anak...
jadi mereka mulalah melepak.... dengan teman-teman....
Bila si anak sudah berjumpa dengan kawan-kawannya... mulalah terpengaruh... mudah mendengar cakap kawan-kawan kerana tidak mahu dipanggil ''pengecut'' oleh kawan-kawannya...
oleh itu... si anak mulalah berjinak-jinak dengan rokok lepas itu minum arak.. lepas itu cari matair pula... lepas itu hendak minta kahwin pula.... hehehe....
pada pendapat saya cikgu... melepak itu tidaklah salah... dan ia bukan sesuatu pekerjaan yang sia-sia ataupun membuang masa JIKA si anak pandai memilih kawan...
sebenarnya cikgu melepak itu boleh menjadi sesuatu yang positif JIKA....
>>kita menggunakan masa melepak itu untuk belajar bersama teman-teman
>>sekaligus kita dapat berinteraksi dan mengeratkan lagi perhubungan kita bersama teman-teman....
melepak juga ada masanya cikgu....
melepak itu boleh... tetapi janganlah sampai tidak ingat balik rumah.....
HAH!! jadi siapa-siapa di luar sana yang mahu melepak SILAKAN...
<< jangan lupa ajak aku..hehe.. >>

 
At 6:35 pm, Anonymous Anonymous said...

[A][I][N][I]_E3_XD


Anak melayu di Singapura zaman sekarang ada tabiat atau trend iaitu "melepak" tidak tentu arah...Mereka sering 'lepak' di bawa blok atau di mana jua pun hingga larut malam...

[S][E][B][A][B]?????

remaja muda terpengaruh oleh kata-kata kawan mereka untuk selalu turun dan membuang masa..."melepak" agak parah untuk mereka kerana dengan cara inilah mereka senang dipelawa untuk mengambil benda-benda haram yang tidak sepatut diambil seperti dadah,rokok,arak dan sebagainya...remaja akan dipengaruhi dengan gejala-gejala yang akan merosakkan masa depan mereka...remaja juga akan tidak ada minat untuk pergi ke sekolah atau dengan aktiviti-aktiviti yang membawa kebaikan...pelajaran mereka akan merosot kerana tiada tumpuan lagi....mereka sering memberi alasan bahawa kononnya mereka ingin bersembang bersama kawan kerana telah lama tidak bertemu...tetapi kenapa harus pada waktu...????mereka juga selalu berkata bahawa mereka ingin melepaskan stress dan sebagainya...namun itu semua hanya alasan....remaja akan merasa ngantuk di dalam kelas kerana kekurangan tidur..."melepak" dengan tiada sebab yang baik membuat mereka lebih liar mungkin kerana merka terlalu dimanja-manjakan oleh ibubapa...atau tidak ada kasih sayang atau tiada tumpuan dari ibubapa...

~MASYARAKAT~

"melepak" di waktu malam akan menggangu jiran-jiran di daerah blok yang mereka "lepak"...mereka tiada masa hadapn jika mereka berterusan seperti bergini....

JAdi nasihat saya untuk anak remaja yang sering "melepak" hingga larut malam,cuba renung-renung apa yang akan berlaku pada dirimu dan apa keburukannya.....

 
At 10:55 pm, Anonymous Anonymous said...

cikgu.. pada pendapat saya melepak ialah sesuatu yang mempunyai kesan negatif terhadap remaja-remaja pada zaman sekarang...
melepak ialah sesuatu pekerjaan yang sia-sia dan membuang masa....
apabila seseorang remaja itu melepak... mereka membuangkan masa mereka yang tidak dapat diganti dengan emas.... dengan mengomel,bergossip dan berbual-bual kosong....
mereka hanya mencari dosa dan sekaligus mensia-siakan waktu mereka...
saya cadangkan bahawa.... daripada kita melepak di bawah kolong blok.... dan membuang masa...
lebih afdal dan baik jikalau kita gunakan masa itu untuk belajar ataupun meluangkan masa itu dengan keluarga yang selalu kita cintai....

 
At 7:59 pm, Anonymous Anonymous said...

Melepak eh..haizz..buat ape nak lepak-lepak ni semua..kan lebih baik kita habiskan masa kita untuk mengulangkaji pelajaran dan berdamping dengan keluarga yang tersayang..betul tak cikgu..?

Remaja zaman sekarang hanya ingin bersuka ria tanpa memikirkan bahawa perbuatan mereka itu hanya akan membawa kesan yg negatif terhadap mereka dan masyarakat..

Ini adalah antara sebab-sebab mengapa remaja suka melepak:

-mereka kurang perhatian daripada ibu bapa mereka yang sibuk bekerja
-mempunyai tekanan di rumah mahupun di sekolah dan ingin menenangkan fikiran mereka
-dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka
-tidak mahu digelar 'pengecut'atau 'anak mak'
-merasa bosan di rumah kerana ibu bapa sering berkelahi
-mereka tidak tahan dengan leteran ibu bapa mereka di rumah

Melepak itu satu perkara yang tidak membawa faedah..Rakan-rakan kita akan mencari peluang untuk mempengaruhi kita merokok, menghidu gam, mencuri dan sebaliknya..Mengapa? Tidakkah kita sedar bahawa mereka hanya ingin lihat kita hanyut seperti mereka.. Melepak hingga larut malam hanya akan membuat kita rasa ngantok pada keesokan harinya..Kita tidak akan dapat menumpukan perhatian di sekolah..Ini akan menjejaskan prestasi pelajaran kita..Melepak juga membawa kesan yang negatif kepada masyarat..Remaja suka berbuat bising ketika melepak..Ini akan menggangu ketenteraman penduduk2 di blok tersebut..

Tetapi pada pandangan saya, jikalau kita pandai memilih kawan dan menghabiskan masa lepak kita dengan mengulangkaji pelajaran ia tidak menjadi satu masalah..Bagaimana pun kita tetap harus membahagikan masa kita dengan baik..Kita tidak boleh meluangkan terlampau banyak masa melepak dengan kawan-kawan sehingga kita mengabaikan keluarga kita di rumah...Ingatlah bahawa kawan boleh dicari tetapi keluarga tetap tiada pengganti..Jadi dampingilah keluarga anda sebelum terlewat ye...hehehehe!

 
At 9:56 pm, Anonymous Anonymous said...

remaja kini lebih suka menghabiskan masa melepak di bawah blok bersama-sama kawan-kawan mereka berbandingkan keluarga mereka sendiri.ini yang membimbangkan kerana apabila mereka semua bersuah muka,pelbagai pekara negatif akan mereka lakukan.remaja-remaja serind duduk di kolong blok hingga larut malam.mereka semua itu ibaratkan seperti burung hantu.semakin malam semakin aktif.mulalah mereka mencari penyakit seperti membuat bising,mengganggu kenteteraman orang lain,menya;lah guna harta benda awam dan lian lagi.perkara sebegini harus ditangani segera kerana jika ia berterusan ia akan memudaratkan lagi keadaan.

 
At 4:11 pm, Blogger Eelhsah Ethelgram said...

Melepak..Pada pendapat saya, melepak itu adalah sesuatu perbuatan yang suka dilakukan oleh kalangan remaja. Melepak ada kesan baik dan buruknya..
Kesan Buruknya.??
jikalau melepak, tidakkah itu sesuatu perbuatan yang tidak berfaedah.??(^^_)lebih bail kita meluangkan masa dengan teman teman atau keluarga, TETAPI membuat sesuatu aktiviti..Buang MASA!!Melepak juga boleh membahayakan diri jikalau kita bercampur dengan teman-teman yang tidak baik...haizz..remaja masa kini diberi terlalu banyak kebebasan...jd.mereka'take advantage' dengan membuang masa...gunakanlah masa itu dengan membuat kerja yang berfaedah..
Kesan baiknya...
kebanyakkan orang suka melepak..Mengapa.??mereka mahu meluangkan masa mereka untuk teman teman mereka...Ada juga yang merasa BOSANNNN di rumah..kerana itu mereka jumpa kawan..Ada yang mahu hilangkan STRESSS!!!kita remaja stress tau...pelajaran dan banyak lagi...
Keseluruhannya......(**)
Melepak ada buruk baiknya...jadi..Hati hati aje lah....

 
At 8:56 pm, Anonymous Anonymous said...

halohalo,soal isu melepak ini sya hairan knp ia harus dipertimbangkan....adakah salah bagi kami remaja untuk bergaul bersama2 pada waktu mlm setelah penat lelah satu pagi belajar...saya mungkin tidak pernah berlepak hingga larut mlm tapi saya rasa mereka yg berlepak ini semua mungkin tdk dapat perhatian yg mereka inginkan di rumah dan bergaul bersama2 rakan yg mengalami situasi yg sama di rumah mereka...jadi soalanya patut dipertanyakan kpd ibu bapa mereka bukan kepada 'mangsa' anak yg telah dipandang buruk ini...jadi soal menyoal ini patut dipersoalkan kpd ibu bapa mreka...adakah mreka tlh melaksanakan peranan mereka sebagai seorang ibu atau bapa misali yang boleh di ambil contoh oleh ank dan mungkin cucu cicit nanti..saya bangga dan bersyukur dikurniakan ibu bapa yg telah berjasa kepada kebahagian duniawi dan ukhrawi...sampai sini sajalah komen saya pada hari ini...

 
At 9:54 pm, Anonymous Anonymous said...

Lepak ye...

bagus kerana boleh bergaul dengan kawan-kawan tetapi mereka akan membuat bising dan perkara ini tidak akan disukaioleh penduduk-penduduk HDB flat yang mereka sedang mendampingi

 
At 10:31 pm, Anonymous Anonymous said...

Melepak??Adakah ia baik atau tidak??Lain org lain padangannya..Melepak itu boleh menjadi sesuatu perbuatan yang baik jika kita pandai memilih kawan dan menggunakan masa melepak kita itu dengan mengulangkaji pelajaran..Namun tidakkah ia lebih baik jika kita meluangkan masa kita di rumah bersama keluarga yang tersayang daripada melepak di kolong blok hingga larut malam..Tidakkah kita terfikir bahawa kita hanya mengundang bahaya?Bukan itu sahaja, kita akan merasa ngantok setelah semalaman melepak dan ini akan membuat kita hilang tumpuan di sekolah keesokan harinya.Ini akan menjejas prestasi pelajaran kita di sekolah.Ramai remaja juga suka membuat bising ketika melepak di kolong blok.Ini akan menggangu ketenteram penduduk-penduduk blok tersebut.Kebanyakan remaja mempunyai alasan mereka sendiri mengapa mereka suka melepak..

Antaranya adalah..
-kurang perhatian daripada ibu bapa yang sibuk bekerja
-tertekan di rumah dan juga di sekolah
-bosan duduk di rumah
-tidak tahan dengan leteran ibu di rumah
-dipengaruhi oleh kawan-kawan

Kita sendiri sebagai seorang remaja harus pandai memilih mana yang baik dan buruk untuk kita..Kita boleh melepak tetapi janganlah keterlaluan..Jadi kalau nak lepak tu fikirlah kesan baik dan buruknya dulu ye..

 
At 6:24 am, Anonymous Anonymous said...

pada pendapat saya, tak salah kalau mereka melepak asal kan jgn ganggu orang lain atau perbuatan terkutuk. mereka melepak di bawah krn mungkin waktu siang mereka sibuk dgn pelajaran mrk dan mengambil masa ini utk berbual dgn kawan-kawan sedarjah. kebanyakkan org akan berfikiran berlainan atau gelar budak ini sebagai budak -budak nakal atau tanpa didikan ibubapa dan mungkin budak tanpa harapan

SEKIAN TERIMA KASIH........
hahahaha(muhd asri 3e3) hahahahaha
nasi minyak satu...!!!!!

 

Post a Comment

<< Home