Thursday, March 16, 2006

Membaca suatu penyiksaan??

Cakap sahaja tentang perlunya membaca, ramai pelajar yang terus mengeluh... ada juga yang memberi pelbagai alasan seperti tiada masa untuk membaca, bosan membaca... tidakkah para pelajar sedar akan peri pentingnya membaca kerana ia membina kosa kata, meluaskan pengetahuan dan ini tentu sekali dapat meningkatkan penguasaan sesuatu bahasa... bagaimana pihak sekolah atau ibu bapa dapat menanam minat membaca di kalangan pelajar? apakah cara-cara kreatif yang boleh digunakan pihak sekolah dan ibu bapa untuk menggalakkan para pelajar membaca?

14 Comments:

At 10:38 pm, Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 10:39 pm, Anonymous Anonymous said...

Saya setuju. Ramai murid-murid yang tidak gemar membaca. cara-cara untuk menggalakkan mereka untuk membaca adalah untuk:

SEKOLAH
-meluangkan masa untuk menggalakkan membaca surat khabar atau buku cerita

-menukar jalan cerita buku itu untuk menjadi sebuah pementasan drama.

-mengadakan jualan buku di sekolah.

-Guru-guru membuat sebuah kerja rumah yang mengandungi kriteria untuk membaca buku dan selepas itu menulis karangan kecil tentang jalan cerita buku itu.

IBU-BAPA
-membawa mereka ke perpustakaan

-jikalau anak itu minat dengan muzik membuat cerita itu mearik dengan gabunan muzik sendiri.

 
At 7:42 pm, Anonymous Anonymous said...

Membaca adalah salah satu perkara yang tidak digemari dibuat oleh anak-anak masa kini terutama sekali remaja masa kini…
Tetapi walaupun mereka tidak gemar membaca, mereka harus juga membaca di sekolah di buku-buku teks dan kertas-kertas ynag diberi oleh guru-guru mereka.
Sebenarnya, membaca buku boleh membuat kesan yang baik seperti dapat meemperbaiki kosakata dan perfasihan membaca di sekolah mahupun di mana-mana sahaja pun…

Cara-cara yang kreatif yang boleh dipertimbangkan ialah seperti…
-mengadakan kempen ‘Mari Membaca’
-mengadakan kem untuk mengajar mereka betapa banyak kesan akan diperolehi jika mereka mambaca
-mengadakan pertandingan membaca
-bagi ibu bapa pula menghadiahkan anak mereka dengan apa-apa sekalipun jikalau mereka telah habis membaca sesebuah buku cerita
-menyuruh anak mereka menceritakan sedikit banyak tentang buku cerita mereka yang telah dibaca oleh mereka
-membelikan apapun buku cerita yang diinginkan oleh anak mereka
-pergi perpustakaan untuk menyuruh anak meraka meminjam buku untuk dibaca

Dengan itu, amalilah tabiat suka memnbaca pada tiap-tiap hari terutama sekali pada waktu-waktu lapang yang ada. :))

 
At 11:39 am, Anonymous Anonymous said...

SEKOLAH
- guru-guru utk memberi murid-murid masa utk membaca di kelas

- menjual buku-buku di kelas

- memberi nasihat kepada murid-murid supaya ke perpustakaan

- mengadakan aktiviti-aktiviti(drama,peraduan membaca,bahas, etc.)

IBU-BAPA
- mengambil masa utk membacakan anak-anak mereka buku cerita pada waktu malam

- membawa anak-anak mereka ke perpustakaan

- menasihati mereka supaya membaca surat khabar melayu atau inggeris

 
At 12:10 pm, Anonymous Anonymous said...

[A][i][n][i]~E3~

Pada pendapat saya,saya sendiri tidak begitu minat membaca buku...baik bahasa melayu mahupun bahasa inggeris...haha....namun saya amat perhatin akan mengapa kita sebagai seorang murid harus rajin membaca buku....ramai anak-anak muda zaman sekarang begitu malas membaca buku,terutama sekali anak-anak remaja....mungkin membaca adalah sesuatu tugasan yang membosankan....

namun ini tidak menghalang pihak sekolah atau ibubapa untuk terus mencuba memberi perangsang kepada para murid-murid untuk membaca buku...

~SEKOLAH~
**** mengadakan sebuah program "ulat buku" pada musim cuti sekolah agar ini memberi mereka lebih minat membaca buku pada musim cuti sekolah yang begitu panjang sekali...

**** meluangkan masa membaca surat khabar atau membaca sebuah buku cerita dan menulis pendapat atau jalan cerita yang telah dibaca oleh para murid-murid....

**** memberi murid satu tugas atau sebuah projek secara berkumpulan dan melakonkan semula cerita yang telah dibaca oleh mereka...dengan ini mereka meluaskan kreativiti mereka...

**** mengadakan penjualan buku di sekolah setiap musim dan menyuruh mereka menulis jalan ceritanya setiap kali selesai sudah mereka membaca sebuah buku cerita yang telah dibeli oleh mereka....

~IBUBAPA~
**** membawa anak-anak mereka ke pusat perpustakaan dan meminjam buku-buku cerita....
**** memberi anak-anak mereka hadiah yang kecil setiap kali mereka berjaya menghabiskan masa mereka membaca buku cerita....
**** menyuruh mereka memilih salah satu di antara cerita yang menarik dari suart khabar setiap pagi ketika sarapan....

 
At 10:47 pm, Anonymous Anonymous said...

MMM.... membaca....
sebenarnya cikgu... minat membaca ini haruslah ada pada diri kita sejak kita kecil lagi....
membaca pada saya bukanlah sesuatu yang membosankan...
membaca boleh menjadi sesuatu yang menarik jika kita pandai memilih sesuatu buku.....
tetapi.... apabila saya perhatikan... bukannya murid-murid tidak mahu membaca...tetapi saya lihat mereka lebih cenderung kepada buka-buku dalam bahasa inggeris ataupun komik.....
sebenarnya cikgu... saya pun bukannya terlalu suka membaca buku dalam bahasa melayu.... pada saya.... BUku-buku melayu tidak menarik... tidak seperti buku-buku bahasa inggeris yang BOLEH membuat saya seolah-olah di dalam buku itu...
novel-novel melayu pula... selalunya mengisahkan tentang cinta.....tidak habis-habis cinta... naik muak saya membacanya...
cikgu.. saya cadangkan supuya buku-buku melayu di perpustakaan sekolah kita itu disemak kembali... saya rasa kita patut menambahkan lagi buku-buku cerita melayu yang ada di perpustakaan kita...
saya cadangkan... cikgu akan meletakkan buku-buku cerita melayu yang berbentuk misteri,alam ghaib,tentang neraka,tentang syurga dan novel-novel yang mengisahkan tentang sejarah yang menimpa singapura pada masa dahulu....
saya pasti ia akan menarik perhatian murid-murid melayu untuk membaca buku-buku sebegitu....

 
At 8:27 pm, Anonymous Anonymous said...

Ya.Saya setuju.Ramai pelajar yang tidak gemar membaca buku.Alasan mereka adalah buku membosankan dan mereka tidak mempunyai masa untuk membaca.Namun mereka tidak sedar bahawa dengan membaca buku mereka dapat membina kosa kata dan meningkatkan pegetahuan mereka dalam sesuatu bahasa.Dibawah adalah cara-cara bagaimana pihak sekolah dan ibu bapa dapat menggalakkan para pelajar membaca..

~Sekolah~
-mengadakan kempen membaca
-guru-guru menggalakkan para pelajar membaca suratkhabar, majalah atau buku cerita di sekolah
-membuat satu pertandingan membaca
-mengadakan jualan buku disekolah
-mengadakan activiti-activiti bahasa

~Ibu bapa~
-membawa anak-anak mereka ke perpustakaan setiap minggu
-menggalakkan mereka membaca dengan membaca bersama mereka

Dengan itu,gunakanlah masa anda dengan membaca buku kerana ia akan membawa kesan yg positif pada diri anda..Jadi baca tau..jgn tak baca ye..

 
At 9:47 pm, Anonymous Anonymous said...

murid-murid kini semakin malas untuk membaca buku...dengan adanya komoputer banyak lagi teknologi yang canggih mereka lebih memilih untuk bermain permainan seperti PS2 dan sewaktu dengannya.kehadiran teknologi dan permainan baru itu membuatkan murid-murid lebih malas untuk membaca buku.mereka menganggap ia adalah suatu pekara yang membosankan.kita harus mengubah konsep pemikiran mereka ini.Dan untuk mengelak kejadian serupa inidaripada berterusan,kita harus memupukkan minat membaca kepada mereka dari kecil lagi.

 
At 4:23 pm, Anonymous Anonymous said...

Hmmm... ckp tentang buku?? haizz.. ramai remaja tidak menanam minat membaca sejak kecil lagi.MungkiN membaca bagi mereka adalah satu perbuatan yg bosan. walau bagaimana pun, saya memang minat membaca sejak berusia 2 thn. kadang kala tidur pun memeluk buku.hahakz.x)dgn membaca, saya ble meningkatkan penguasaan dlm sesuatu bahasa, meluaskn pengetahuan,membina kosa kata dan menyelami perkara dlm dunia ini...n

 
At 4:27 pm, Blogger Eelhsah Ethelgram said...

mambaca...apa salahnya dengan membaca.???Membaca itu bagus.tidak kialah apa apa article atau kosa kata...membaca itu dapat meluangkan minda ilmu seseorang. bagaimana....mungin adakan sesi membaca atau sesi pemberitahuan mengapa mambaca itu bagus...mungin ia boleh'work'.??

 
At 9:34 pm, Anonymous Anonymous said...

halohalo,saya rasa menanam minat membaca kpd murid2 pada masa skarang ini bukannya susah..tapi yg membuatnya tentu susah sekali untuk menanam minat membaca ini ialah tekanan yg dihadapi oleh mereka...pada pendapat saya lah,pelajar masa kini tidak suka membaca kerana pertama kali ia dipertemukakan buku ia dipaksa membaca sesuatu buku yang tidak diminatinya langsung..dan langsung lama kelamaan mereka akan jelak dan bosan melihat buku2 ini semua ...ambil lah saya sebagai contoh...saya lebih cenderung kpd buku2 english dari melayu kerana...saya berterus terang..saya mengambil masa lagi lama untuk belajar bahasa english dari melayu dan untuk membaca buku engeris memang suatu 'obstacle'besar bagi saya dan itu membuat saya lebih beransang untuk belajar bahasa itu dgn lebih tekun lagi dan dari situlah terpupuk minatnya untuk membaca pelbagai genre buku2 ya=g terdapat...tetapi tidak pula ada chemistry dgn buku melayu pula,sebabnya masih dicari2 lagi..adakah mungkin ibu bapa tidak memperkenalkan buku2 melayu dgn begitu baik sewaktu kecil?...

 
At 9:59 pm, Anonymous Anonymous said...

BACA BUKU....

letak gambar-gambar yang boleh mereka lihat sambil membaca supaya pembacaanlebih menarik dan harus ada banyak diskripsi untuk pembaca visualise

 
At 10:46 pm, Anonymous Anonymous said...

Ya.Ramai pelajar sekarang yang tidak suka membaca.Mereka memberi alasan bahawa membaca itu membosankan dan mereka tidak mempunyai masa untuk membaca.Mereka tidak sedar bahawa membaca dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam sesuatu bahasa.Pihak sekolah dan ibu bapa dapat menggalakkan para pelajar membaca dengan cara-cara yang berikut.

~Sekolah~
-mengadakan jualan buku
-mengadakan minggu mebaca
-memberi masa selama setengah jam di dalam kelas untuk para pelajar membaca buku atau suratkhabar

~Ibu bapa~
-membawa anak ke perpustakaan
-menanyakan jalan cerita sesebuah buku itu setelah pelajar itu selesai membacanya
-sering membelikan mereka buku cerita
-menasihati mereka dan memberitahu mereka akan peri pentingnya membaca

Walau apa pun setiap pelajar itu harus menanamkan sikap suka membaca pada diri mereka kerana ini akan membawa kesan yg positif pada mereka sendiri.

 
At 8:26 pm, Anonymous Anonymous said...

Saya setuju 50% kerana murid bukan bosan membaca buku tetapi enggan mahu buku. Murid sekarang cuma malas untuk membaca sahaja.
Kalau pergi ke perpustakaan mereka tidak membaca tetapi mereka akan bermain arcade atau lan. tidak berguna untuk murid membaca buku.
Cara-cara untuk membuat mereka membaca buku adalah memaksa mereka

()''*() ()'''()
( ,'0') ('0',)
('')('')('')('')
()''*()
( '0' )
('')('') MUH...D...A.S.R.I.3e.3

 

Post a Comment

<< Home