Wednesday, September 07, 2005

Hairan...

Syabas diucapkan kepada Akmal Syafiq (4E3) kerana berjaya mara ke peringkat akhir Peraduan Fasih Terjemah anjuran Majlis Pusat yang akan diadakan pada hari Sabtu ini (10 Sep, 2:30ptg) di Eunos CC... Akmal merupakan peserta tunggal daripada sekolah kita dalam peraduan tersebut... cg hairanlah..mengapa agaknya murid-murid Bahasa Melayu lain tidak mahu menyertai peraduan BM seperti ini? adakah kerana kurang yakin? atau 'tak kuasa'? atau ada sebab-sebab lain... apakah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan para pelajar Bahasa Melayu di sekolah kita untuk menyertai peraduan-peraduan seperti ini?

9 Comments:

At 4:06 pm, Anonymous Anonymous said...

hello cikguXD

Untuk saya, saya tidak menyertainya kerana kurang yakin.Lagipun, saya tidaklah begitu mahir dalam bahasa, mana tahu saya tidak akan dapat menjawab lebih dari tiga soalan yang diberi. Tetapi, kalau saya menyertainya memang benar ia akan menjadi sesuatu pengalaman yang baik untuk diri saya. Apa yang dapat dilakukan ialah suapay peraduan seperti ini dapat kami menyertai sebagai sepasang dan ia tidaklah diadakan pada masa cuti sekolah.

ct(:

At 7:18 pm, Anonymous Anonymous said...

(:

hmm.. Bagi saya, saya memang tidak begitu mahir dalam peraduan sebegini kerana saya tidak yakin dalam Bahasa Melayu saya. Saya juga tidak begitu berani untuk berbual di hadapan ramai orang. Saya malulah. (: Lagipun, apabila saya berbual, Bahasa Melayu saya tunggang-langgang. haha. Kemahiran saya bukan dalam bidang ini. Jadi, lebih baik saya tidak menyertaikan peraduan sebegini.

Mungkin kita boleh berbual lebih dalam Bahasa Melayu supaya pelajar-pelajar seperti saya dapat merasa lebih konfiden. (:

ASILALA.

At 9:47 pm, Anonymous Anonymous said...

bagi saya, peraduan Bahasa Melayu seperti ini agak susah untuk saya menyertai. terutama sekali, saya tidak yakin akan kemahiran saya dalam bahasa Melayu. Saya juga tidak begitu yakin untuk berbual di hadapan orang ramai. Perbualan saya dalam bahasa melayu tidak begitu lancar dan saya sering tersekat-sekat.

Mungkin lebih latihan perbualan Bahasa Melayu boleh diberikan supaya ia dapat membina keyakinan muriod-murid melayu.

hidayah (:

At 9:54 pm, Anonymous Anonymous said...

Terkadang rasa tidak yakin dan takut sering melanda pelajar-pelajar Melayu seperti kita ini. Namun, saya yakin pelajar Melayu Peirce ingin juga ikut dalam aktivitas yang bermanfaat ini. Mungkin apa yang mereka perlukan adalah sedikit dorongan dan motivasi dari keluarga dan guru mereka. Niscaya, mereka pun dapat lebih berani dalam mengambil tantangan.

BAgi saya sendiri, jika ada kesempatan saya pun mungkin akan berpartisipasi dalam aktivitas ini. Hanya saja terkadang, sikap disiplin pun juga diperlukan untuk menjalankan sesuatu dengan lancar.

Sekian dahulu pendapat dari aya
ROzzano

At 11:55 pm, Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

At 12:21 am, Anonymous Anonymous said...

Saya tidak tahu bagi murid-murid yang lain, tetapi saya rasa dalam keseluruhan ialah kami tidak yakin dengan diri sendiri dan oleh kerana kami harus bertanding dengan murid-murid dari sekolah lain, ia menambah tekanan dan kami juga harus menonjolkan imej yang baik di publik. Banyak perkara harus difikirkan,dan pada saya, mungkin situasi seperti ini adalah sesuatu yang terlalu rumit dan mempunyai risiko yang agak banyak untuk kami pada umur ini. [membuat muka tidak bersalah di desktop].

Mungkin sekolah kita boleh mengadakan acara-acara ini di antara sekolah supaya murid-murid boleh menyesuaikan diri apabila mengambil bahagian dalam acara-acara begini supya mereka tidak terlalu kekok.

ikhlas dari minda ke blog anda.
nebs. puteri "busted" yang "bermata-coklatan".

At 3:26 pm, Anonymous Anonymous said...

Heelllooo..

Taniah Akmal...hmm... kita tidak mempunyai yakin untuk menyertai peraduan itu adalah salah satu sebab...Kita juga tidak ada cukup pengetahuan dalam bahasa Melayu kerana kita jarang membaca buku Melayu.Kita juga jarang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Banyak memberi perkataan yang baru dan jarang dijumpaiserta menerangi makna. Mengadakan waktu membaca buku melyu dan lain-lain lagi.

At 4:32 pm, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum....
CiKGu..... budak-budak melayu sekarang ini Cikgu.... kebanyakkannya malu-malu belaka....
Terutamanya perempuan...
Contohnya... apabila guru menyuruh murid-muridnya yang rela membaca teks di depan kelas....
pasti tidak ada yang mahu...
Sebab-sebabnya ialah mereka takut kalau mereka tersalah baca,
kawan-kawan mereka akan mentertawakan mereka.... atau....
mereka malu membaca di depan
murid-murid lelaki.... atau.... mereka malu untuk membaca di depan kelas kerana suara mereka sudah semula jadi pelan.....
Jikalau lelaki pula.... mereka bukan malu untuk membaca di depan kelas... tetapi mereka mengatakan bahawa membaca secara lantang di kelas akan menghilangkan sifat kelakian mereka.
Baru disuruh membaca secara lantang di depan kelas sudah banyak alasan yang diberikan,
Apatah lagi kalau disuruh memasuki pertandingan BM.. jangan haraplah Cikgu..
Lagi pula zaman sekarang ini,Cikgu ramai budak-budak melayu yang jarang menggunakan bahasa ibunda mereka...
Maklumlah zaman sudah semakin canggih... semuanya
''speaking LONDON'' Cikgu.. maksud saya lebih cenderung dengan bahasa INGGERIS...
Jadi oleh sebab itu.. mereka susah untuk bertutur dalam bahasa Melayu... apatah lagi hendak memasuki pertandingan BM... jadi rojaklah bahasa Melayu kita...
(bahasa INGGERIS bercampur aduk dengan bahasa Melayu)
Saya cadangkan Cikgu apa kata kalau semasa kelas bahasa Melayu guru-guru selalulah mengadakan interaksi..
Dengan cara ini.. murid-murid Melayu kita akan meningkatkan lagi konfiden yang terpendam di dalam diri mereka.....
SEKIAN TERIMA KASIH

At 4:33 pm, Anonymous Anonymous said...

Post a Comment

<< Home