Wednesday, March 10, 2010

kongsi berita hari ini

murid-murid ML'B',
sila kongsi satu berita menarik yang telah kamu baca hari ini. Tulis dalam 40 patah perkataan.

Monday, January 25, 2010

muzik tradisional

Untuk murid-murid 4E/5NA, sila beri pendapat kamu (dalam 50 patah perkataan)selewat-lewatnya 27 Jan 2010:

1. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyemai minat terhadap muzik tradisional dalam kalangan remaja hari ini?
2. Remaja dan muzik tidak dapat dipisahkan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan.
(soalan peperiksaan lisan peringkat 'O' 2009)

Markah: Isi: 10m, Bahasa:10m

Friday, July 03, 2009

Pandangan anda...(Murid-murid 3E)

Murid-murid 3E, sila beri pandangan kamu tentang artikel BH yang telah kamu baca. Pendapat kamu juga tidak harus kurang daripada 100 patah perkataan.

Thursday, July 02, 2009

Pandangan anda...(Murid-murid 3NA)

Murid-murid 3NA, sila beri pandangan kamu tentang artikel BH yang telah kamu baca. Pendapat kamu haruslah tidak kurang daripada 100 patah perkataan (ML'B': sekurang-kurangnya 70 patah perkataan).

Thursday, February 26, 2009

Akhlak remaja

Bagi murid-murid 2E 2009:
Baru-baru ini, terdapat laporan berita mengenai keruntuhan akhlak remaja khususnya remaja Melayu. Antaranya ialah mengadakan seks rambang, menghidu gam, penagihan dadah dan merokok. Apakah sebab-sebab ini terjadi? Apakah kesannya terhadap masyarakat pada masa depan? Apakah usaha-usaha yang dijalankan untuk mengatasi masalah ini?

Thursday, November 01, 2007

Kongsi ulasan buku

Cikgu harap murid-murid 3E dapat meluangkan masa untuk membaca sekurang-kurangnya sebuah buku cerita Melayu (kalau lebih banyak, lagi bagus!). Sesudah membaca, silalah berkongsi apa yang telah diperoleh daripada membaca buku itu di ruangan ini. Jangan lupa untuk sertakan judul buku dan nama pengarangnya.

Monday, May 28, 2007

Agrofarm atau Hari Keluarga

Bagi murid-murid 3E, harap dapat berkongsi pengalaman dan perasaan sewaktu kamu membuat lawatan ke Agrofarm... atau semasa membuat perancangan (dan apa yang telah berlaku pada 26 Mei) untuk menjayakan Karnival Hari Keluarga 2007. Cuba gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. 3E boleh!
(Oh, ya... jangan lupa sertakan nama penuh/singkatan kamu selepas memberi komen!)
Buat pengetahuan semua, komen-komen hanya akan disiarkan selepas semua murid menghantar komen masing-masing.