Thursday, March 31, 2005

kenangan masa lalu...

Apabila berjumpa semula bekas guru cg di Sekolah Menengah Bowen tadi, terkenang zaman sewaktu di maktab rendah dulu. Guru tersebut mengajar cg Matematik 'C' dan beliau penyabar orangnya..haii..kalau boleh, hendak kembali ke zaman itu...seronoook sekali, walaupun adakalanya stres...

Thursday, March 10, 2005

Kurang ADAB

Ada beberapa murid Melayu yang semakin kurang adab, terutama sewaktu dalam kelas.. tidak kira kelas Bahasa Melayu mahupun kelas bagi mata pelajaran lain.. seringkali murid bertanya soalan tanpa mengangkat tangan.. mengeluarkan kata-kata yang kurang adab, bukan sahaja kepada rakan-rakan malah kepada guru-guru mereka juga.. di belakang guru disebut sahaja nama guru tanpa panggilan hormat seperti 'Mr' atau 'Miss' dan sebagainya.. cg hampa, kecewa, sedih apabila berdepan dengan murid-murid sebegini.. orang Melayu seharusnya bersopan santun, beradab dan rendah diri ('tidak sombong' bukan 'tiada keyakinan diri').. gagalkah cg dalam mengajar bahasa dan budaya Melayu? gagalkah ibu bapa yang penat mendidik mereka sejak kecil? Di manakah silapnya? Adakah pengaruh kawan serta media massa begitu kuat sehingga mengetepikan didikan yang telah diberikan? Ada sesiapa yang mempunyai jawapan???

Tuesday, March 08, 2005

maTerialisTik

Semalam 'Hanyut' memaparkan sikap remaja yang terlalu materialistik atau bersifat kebendaan.. Adakah awak juga begitu? Apakah barang yang telah awak beli baru-baru ini yang agak mahal?