Wednesday, July 20, 2005

HKK 2005

Wah... nampaknya ramai murid yang tidak berasa puas hati kerana esok harus mengenakan pakaian sekolah, bukan pakaian tradisional yang biasanya dipakai pada Hari Keharmonian Kaum. Pada cg, ada baiknya tidak memakai pakaian tradisional kerana murid-murid biasanya terlalu ghairah berbual-bual serta memetik gambar dalam kelas jika berpakaian tradisional. Akhirnya, guru tidak dapat mengajar kerana murid-murid tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran. Lagi pula, perlukah seseorang itu berpakaian tradisional untuk menghayati mesej Hari Keharmonian Kaum? Atau adakah murid-murid ingin berpakaian tradisional atas sebab-sebab lain?? Sila komen...

Monday, July 11, 2005

kurang kental

Cikgu perhatikan ramai murid Melayu mudah patah semangat... belum berjuang sudah menyerah kalah. Ada yang suka tidur dalam kelas... alasannya pengajaran guru membosankan, atau keletihan kerana tidur lambat... Bagi yang bakal menduduki peperiksaan peringkat 'O' dan 'N' tidak lama lagi, harap BANGUN daripada tidur yang berpanjangan... sekarang masih ada waktu lagi untuk berbuat sesuatu untuk memastikan keputusan cemerlang dapat diperolehi... jangan dah terhantuk, baru terngadah... UBAH SIKAP! Kentalkan semangat!! Hanya awak yang boleh menentukan masa depan sendiri.. sama ada ia CERAH atau GELAP.