Wednesday, October 25, 2006

Hari kemenangan!

Syawal tiba lagi... sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Cikgu ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya cikgu ada menyinggung perasaan murid-murid sekalian semasa mengajar... Cikgu harap Hari Raya kali ini lebih bermakna buat semua. Boleh tak kiranya murid-murid berkongsi pengalaman meraikan Hari Raya, sama ada persiapan hari raya, hari raya pertama, sepanjang bulan Syawal atau nostalgia hari raya yang lepas...

4 Comments:

At 12:44 pm, Blogger Eelhsah Ethelgram said...

heloo cikgu......!!!
pertama sekali, eidelweis ingin mengucapkan SELAMAT hARI RAYA, dan ingin mengumpul20 jari tangan dan kaki, maaf ya cikgu jikalau ada kata kata
tak manis n kesat...SORI SORI SORI CIKGU@!!!! eidelweis sekarang ada di indonesia padang dan menulis komen tantang hari raya tahun 2006...
Cikgu, kalau ada bahasa bahasa ido yang eidelweis taip di sini maaff kay, dah ikut ikut ornag sini lah..
setiap tahun pasti eidelweis akan pulang ke padang untuk menymbutHAri raya yang mesra bersama keluarga...dan yang paling best, Dapat duit raya!! heheks..Hari raya tahun ini best sekali, kuih raya semakin enak, dan duit raya semakin banyak!! warna warni! lampu lampu kelap kelip dan baju raya baru.. kalau cikgu pasti best kan>??cikgu, maaf sampai di sini aja/////eidlweis lagi di cybercafe, dah 3 jam di sini....nanti bill melambung!!heheks....sambung hari lain kay cikgu..TATA!!

 
At 9:49 pm, Anonymous Anonymous said...

Perayaan hari raya pada tahun ini agak terasa sunyi dan tidak semeriah sebanding tahun lalu.
Keluarga saya kehilangan pakcik dan datuk tersayang pada tahun yang sama. Hampir sebulan dari
tarikh 24 Oktober 2006, datuk meninggalkan kami.Nampaknya hanya seperti semalam, datuk dan nenek
menginap di rumah dan masih terdengar suara dan tawa mereka terngiang-ngiang di telingaku.
Rumah pertama yang saya sekeluarga menziarahi ialah rumah arwah datuk.Sebulan lalu, di rumah itulah
semua anggota keluarga berkumpul kembali setelah beberapa tahun tidak bertemu dengan saudara-mara
yang lain. Namun begitu, hubungan di antara anggota keluarga kami secara keseluruhan
lebih erat lagi.

Seperti tahun-tahun yang lepas, keluarga saya telah menyewa van untuk
kemudahan untuk pergi menziarah dan tidak harus menunggu bas atau teksi.Biaya penyewaan
bas itu dikongsi antara ayah,abang dan kakak-kakak saya, jadi, tidaklah begitu mahal.
Pada tahun ini, mengumpulkan duit raya tidaklah begitu penting buat saya tetapi
setiap masa yang kami pergi berkunjung ke rumah saudara mara. Saya begitu gembira mendengar kisah-kisah lama yang diceritakan oleh saudara-mara ketika sedang menziarahi rumah beliau, terutama tentang begitu nakal dan lucunya abang dan kakak-kakak saya.Tetapi,saya berasa sedih juga kerana kakak pertama saya harus bekerja pada hari raya jadi,kakak tidak dapat beraya bersama kami.

Tentulah ada yang membahagiakan juga sepanjang bulan Syawal.Pada hari raya pertama,ibu mengajak teman wanita abang saya untuk beraya bersama kerana dia tidak mempunyai sesiapa untuk beraya bersama.Dia berasal di negeri Indonesia dan ibu bapanya tinggal di sana.Dia harus ke Singapura untuk bekerja dan itulah sebab-sebabnya dia tidak mempunyai sesiapa di Singapura untuk menyambut hari raya bersama.Sepanjang hari raya tersebut,kami juga dapat mengeratkan hubungan bersama.
Bukan itu sahaja,pada hari selasa,31 Oktober 2006,kawan-kawan saya di kelas 3E telah mengajak saya beraya bersama-sama.Begitu senangnya hati saya kerana ini kali pertama saya beraya bersama mereka.Jika hari raya tahun lepas,saya beraya bersama dengan kawan-kawan di kelas N.A.Tentulah keseluruhannya sungguh menyeronokan!

Katini Sani

 
At 11:05 pm, Anonymous Anonymous said...

saya telah meraikan hari raya tahun ini dengan mengunjungi rumah saudara-mara serta kawan-kawan saya yang beragama Islam. Saya sekeluarga telah mengunjungi kira-kira lima rumah sahaja pada minggu pertama hari raya. Ia kerana saya dan adik saya harus bersiap sedia untuk pergi ke 'Sec 2 Camp' untuk tahun 2006. Selepas kami pulang daripada 'camp' itu, saya dan rakan-rakan dari 3e merancang untuk menziarahi rumah masing-masing seperti apa yang kami telah lakukan daripada 2 tahun lepas. Tahun ini berlainan sedikit kerana kami juga menziarahi rumah-rumah rakan-rakan yang datang daripada sekolah menengah yang berlainan. Saya fikir tahun depan akan menjadi tahun yang terakhir untuk kami semua meraikan raya bersama kerana saya mungkin tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawan saya di sekolah menengah peirce selepas peringkat 'o' tahun yang akan datang ini.

*Syarfiqah*
p.s. maaf kerana menghantar lambat kerana tidak ternampak tarikh terakhir untuk manghantar kerja... :(

 
At 1:18 pm, Anonymous Anonymous said...

Saya disini juga ingin memohon maaf seandainya saya ada menyinggung perasaan cikgu semasa cikgu mengajar..Bagi persiapan hari raya tahun ini saya telah banyak menghabiskan waktu membantu ibu saya menghias rumah dan membuat kuih raya..saya dan keluarga saya juga telah ke bazar geylang untuk mencari perhiasan rumah dan juga barang-barang keperluan rumah..ibu saya juga telah menempah baju di salah seorang rumah jiran saya..pada setiap tahun hari raya kami akan menempah baju di sana kerana harganya berpatutan..

Pada hari raya pertama kami sekeluarga akan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain sebelum kami berangkat ke rumah datuk sebelah bapa saya di ang mo kio..Sebelum itu,kami sekeluarga menjamu makanan yang tersedia di atas meja..Makanan yang tersedia ada di atas meja adalah rendang,sambal goreng,lontong dan sambal udang yang telah dimasak oleh nenek saya yang tinggal serumah dengan saya..Ramai saudara mara saya datang ke rumah dari pagi hingga ke sebelah petang..Kami akan saling bermaafan..kami juga menggunakan peluang ini untuk merapatkan pertalian keluarga kami..Saya berharap pada perayaan tahun akan datang ia akan lebih meriah lagi...

 

Post a Comment

<< Home