Friday, September 09, 2005

mula-mula pimpin tangan...

Di akhbar hari ini, dinyatakan antara punca remaja ingin melakukan perbuatan terkutuk adalah kerana mereka berpimpin tangan.. akibatnya terjadilah gejala-gejala seperti anak luar nikah, berkahwin pada usia yang muda dan kadar perceraian yang tinggi di kalangan masyarakat kita. Bagaimana kita sebagai sebuah masyarakat dapat membendung masalah ini? Apakah peranan guru dan rakan-rakan sekiranya mendapat tahu ada pelajar yang mempunyai teman lelaki atau teman wanita dan mereka berhubungan intim?

13 Comments:

At 9:45 am, Anonymous Anonymous said...

helloXD

Pertama, sebagai sebuah masyarakat kami boleh saling membantu menasihati satu sama lain. Masyarakat patut memberi bantuan kepada keluarga- keluarga yang meminta bantuan menyelesaikan masalah.Sebagai suami isteri, haruslah memain peranan dan cuba menyelesai sebarang masalah bersama
dan tidak hanya dengan penceraian. Peranan guru dan rakan-rakan? Pada pendapat saya, kami hanya dapat menasihati. Merekalah yang harus bertanggunjawab dengan hubungan mereka.Haruslah mereka tahu apa yang baik dan apa tidak.

ct(:

 
At 7:04 pm, Anonymous Anonymous said...

A'kum (:

Pada zaman moden ini banyak pula perkara-perkara seperti ini dimana lebih ramai lagi remaja-remaja berhubungan intim. Mereka mungkin hanya menumpang kasih sayang daripada satu sama lain kerana mereka tidak merasakan kasih sayang itu dari keluarga mereka sendiri. Kini juga banyak masalah-masalah keluarga seperti masalah kewangan, dan lain-lain lagi. Mereka mungkin merasa amat tertekan dan dapat tenangkan fikiran mereka melalui perhubungan seperti ini. Tetapi, tentulah perkara-perkara seperti mengadakan hubungan seks antara satu sama lain tidak seharusnya di adakan. Ia hanya menambahkan masalah bagi mereka.

Keluarga remaja-remaja ini harus bertindak dahulu sebelum masyarakat kerana mereka lebih berhak atas menasihati mereka. Ibu bapa dan adik-beradik harus menunjuk perasaan kasih sayang dengan satu sama lain.

Jika remaja-remaja ini inginkan perhubungan sebegini, haruslah ada batasnya, ya? =p

 
At 7:05 pm, Anonymous Anonymous said...

maaf, anonymous itu saya, asila(: heh.

 
At 9:33 pm, Anonymous Anonymous said...

Pertama sekali, mengikut agama Islam, mereka tidak sepatutnya berpimpin tangan. Sekira pun kita mengetepikan hal agama, ia adalah pekara yang kurang baik dari segi moral. Sebagai masyarakat, kita harus saling membantu satu sama lain dengan memberi nasihat. Sewaktu memberi nasihat, kita seharusnya menegurnya dengan pelahan supaya tidak menyinggungkan perasaannya. Ia lebih baik jika seorang anggota keluarga mereka yang menegurnya supaya mereka akan lebih selesa. Walaubagaimanapun, bantuan yang dapat diberi terbatas. Ia adalah tanggungjawab mereka sendiri.

hidayah. (:

 
At 10:27 pm, Anonymous Anonymous said...

Banyaknya kejadian akan remaja melakukan perbuatan terkutuk di Singapura ini semakin sering dijumpai. Sebagai remaja, saya hanya dapat memberi beberapa pandangan saya akan masalah ini.

Terkadang, komunikasi dengan orang tua akan masalah seks kadang sulit di jumpai. Ini kerana, masalah seks masih dianggap sebagai topik pembicaraan yang tabu. Kerana dari pada itu, para remaja kemudian mencari sumber yang salah dan mengakibatkan segala perbuatan yang terkutuk.

Sebagai teman, cekgu ataupun orang tua, sebaiknya kita manjalin hubungan dan komunikasi yang erat. Sehingga, apabila mereka menghadapi kesulitan akan masalah, sebagai orang terdekat kita dapat membantu mereka.

Pendidikan akan masalah seksual ini sebaiknya jangan di sembunyikan tetapi sebaiknya di jelaskan secara mendetail. Kerana disembunyikanlah, masalah akan seks ini menjadi semakin bertambah.

Selain dari pada itu, fakor individual pun juga mempengaruhi. Kita juga tidak boleh hanya menuduh segala akibatnya pada orang lain sahaja. Tetapi dalam diri kita sendiri, kita seharusnya tahu perbuatan yang sebaiknya dilakukan dan yang tidak dilakukan.

Pada akhir kata, kita seharusnya lebih membuka dan menjelaskan secara lengkap bukannya menutup nutupi.

Sekian
ROzzano

 
At 11:38 pm, Anonymous Anonymous said...

Pada mulanya, saya setuju dengan isi di dalam isu ini dan di dalam keratan akhbar berikut. Saya juga rasa bahawa perbuatan ini telah meningkat dari masa ke masa.

Bagi soalan untuk bagaimana kami dapat membendung masalah ini sebagai sebuah masyarakat, saya berpendapat bahawa kami boleh kurangkan pengaruh dari media-media yang tidak senonoh atau tidak bermoral. Mereka juga boleh melancarkan kursus-kursus yang berfaedah dan boleh memuliakan akhlak-akhlak pelajar-pelajar yang menghadiri kursus berikut.

Walaupun masyarakat itu boleh bertindak kepada kes ini, saya masih percaya bahawa guru-guru dan rakan-rakan mempunyai peranan yang paling banyak. Kepada saya, guru-guru patut ringankan beban dengan jangan selalu menekankan kes ini kepada pelajar-pelajar mereka.

Bagi rakan-rakan, saya rasa bahawa mereka patut mengelakkan perkara ini mungkin dengan sering keluar dengan pasangan-pasangan yang terdari oleh kawannya juga.

Meskipun tindakan-tindakan boleh diambil, saya berpendapat bahawa perkara ini hanya terselah kepada individu-individu sendiri. Dengan itu, saya mengakhiri pendapat ini dengan keputusan bahawa isu ini tidak boleh diselesaikan dengan apa-apa cara dalam keseluruhan.

ditaip khas bagi cikgu m
dari nebs
puteri "busted" yang "bermata-coklatan"

 
At 3:17 pm, Anonymous Anonymous said...

Hi cikgu.

Pada pendapat saya, memimpin tangan dihalang dalam agama Islam.Tetapi, kebanyakan remaja-remaja kini tidak menghiraukan tentang agama.Mereka melakukan apa sahaja yang mereka mahu.Saya berpendapat bahawa remaja ini ingin mengikut jejak langkah orang asing yang mempunyai hidup senang.

Ya, memang betul. Saya berpendapat bahawa kini, ramai remaja yang berhubungan intim.ini menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap orang-orang Melayu. Mereka akan memikir tentang orang-orang Melayu zaman sekarang tidak mempunyai segan dan silu.

Guru-guru dan rakan hanya boleh menasihatkan mereka. sebab ini bukan masanya untuk berhubungan. hubungan juga boleh menjejaskan pelajaran dan banyak lagi. Itu pun terserah kepada orang itu kalau dia mahu ikut nasihat iut atau tidak. kadang-kadang mereka tidak suka kita masuk campur dalam hal mereka. apa nak buat? kita sudah pun membuat kerja kita...

maaf lambat..
sharifffaaahhhh......

 
At 5:03 pm, Anonymous Anonymous said...

INI adalah dua jenis penyakit zaman moden ini dan ia begitu sukar diatasi melainkan kita mengetahui punca-puncanya. Ada banyak sebab kenapa seseorang itu melakukan pekara-kara yang sumbang di kalang remaja. Kenapa remaja-remaja sekarang terlalu bebas bergaul.

Satu lagi mereka juga perlu ingat bahawa pergaulan yang bebas akan merugikan diri mereka sendiri.

Tujuannya adalah untuk menasihati atau membetulkan sesuatu yang tidak kena. " Bertuahlah orang yang sentiasa berkerja kuat untuk membetulkan diri sendiri". Dengan demikian dia akan cuba sedaya upaya melenyapkan perbuatan-perbuatan yang keji.

Muhd Asri
3E3

 
At 5:41 pm, Anonymous Anonymous said...

waduh-waduh....
haiz... Banyak masalah si remaja-remaja ini.....
oklah cikgu... pada pendapat saya... perbuatan terkutuk yang hendak dilakukan ataupun yang hendak mereka cuba oleh para remaja-remaja sekarang bukanlah kerana punca mereka pimpin-pimpin tangan....
tetapi pada pendapat saya ia berpunca dengan pengaruh yang disiarkan di televisyen dan juda lelaman internet... ia juga kerana remaja-remaja sekarang terutamanya wanita... ingin mencuba sesuatu yang baru bagi mereka yaitu perhubungan intim antara lelaki dan perempuan...
pada zaman sekarang cikgu.... mudah untuk para remaja-remaja mendapatkan maklumat tentang perhubungan intim....
misalnya di lelaman internet... yang tidak ada batasnya....
di televisyen pula... sudah banyak cerita-cerita yang ada perbuatan intim yang disiarkan untuk tontonan di rumah...
seperti cerita ''titanic''....
jadi... remaja-remaja tidak boleh lari dengan fakta bahawa di mana sahaja mereka pergi pasti ada kelakuan yang terkutuk itu....
di singapura....sekarang.... kalau kita lihat... sebenarnya ramai orang yang melakukan perbuatan yang terkutuk di depan umum....
KITA semua tidak boleh lari dari fakta itu....
TETAPI ia tidak bermakna kita harus mengikut perbuatan yang terkutuk itu....
Kita haruslah membantu diri kita sendiri... Hanya nafsu dan keimanan kita sahaja yang dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan yang paling DILAKNATI Allah.....

 
At 12:21 am, Anonymous Anonymous said...

haha...pimpin tangan

alamak dah lepas pukul 12..
sori o_O"

tentang hal ini,saya rasa kami orang melayu patut lebih sensitif dgn hal ini semua tentang hubungan laki pompan ini semua...

apatah lagi pimpin tangan dgn orang yang bukan mahram dgn nya...bukankah agama kita telah mendidik kita supaya menjaga diri kita dgn betul2..jadi puncanya boleh dikatakan dari kurang diajar ilmu agama krana jika seseorang itu telah dibimbing dgn betul mungkin dia akan berfikir dua sebelum melakukan perkara yg keji itu..

 
At 1:46 am, Anonymous Anonymous said...

PAda pendapat saya, mengadakan perhubungan pada usia yang agak muda amat berbahaya dan akan membuat murid lebih ingin tahu tentang pekara yang selalu pasangan lain buat seperti perbuatan intim dan sebaignya.Guru harus lah mensaihati mereka agar selalu utamakan pelajaran dahulu dari bercinta kerana jika mereka tumpuhkan hanya pada cinta, pelajaran akan diabaikan dan sering ingat2 tentang kekasih mereka sahaja.Murid2 jugak harus ingat akan para nya jika membuat pekara yang terlanjur hingga memalukan ibu dan bapa mereka.Guru2 mungkin dapat memberi nasihat sepeti menyuruh mereka agar hanya jadi sebagai kawan biase kerana itu adalah terbaik untuk kedua-dua pihak agar tidak menyesal pada hari kelak.

 
At 10:18 pm, Anonymous Anonymous said...

Asalammualaikum

Pertama sekali, jikalau memimpin tangan sahaja tiada salahnya, tetapi jikalau apa yang terjadi selepas itu adalah sesuatu perbuatan yang dikejiikan. Sebagai yang dikatakan, seperti remaja-remaja ini ada anak luar nikah,Dan selepas itu, mereka dipaksa kahwin kerana pada pendapat ibu bapa mereka lelaki itu harus bertanggungjawab.Dan kerana umur mereka yang muda, sudah beranak satu, mereka dipandang rendah dan anak mereka akan dikutuk dan tidak disayangi. Patutkah anak mereka menderita kerana pada pertama sekali, anak itu tidak salah. Haruskah kita pandang rendah kepada mereka. Kadang-kala, masalah-masalah seperti anak luar nikah ini tidak boleh dielakkan, tetapi kerana itu kita dan masyarakat haruslah membantu mereka dan jangan bersifat berdiskriminasi. Dan untuk mereka yang ada perhubungan atau ada teman lelaki atau wanita mereka harus dinasihati dan diberi ceramah tentang keburukkan dan kebaikkan perhubungan semasamuda lagi.
Guru-guru tidak patut menasihati mereka yang ada teman lelaki atau wanita supaya "break up" kerana dengan itu, murid itu akan memberontak tetapi mereka boleh menasihati mereka supaya memberi tumpuan lebih dalam pelajaran mereka.Rakan-rakan mereka pula tidak patut mengikuti trend itu kerana mahu menjadi popular tetapi patut nasihat bahawa mereka harus membahagi masa yang cukup dalam pelajaran mereka dan masa untuk jalan-jalan.
-nas 3e1

 
At 11:48 am, Anonymous Anonymous said...

Hmmm..Pada pendapat saya, sebagai seorang guru atau rakan kita sepatutnya memberi nasihat kepada mereka agar mereka tidak terus terjerumus..Kita dapat memberitahu mereka tentang buruk baiknya agar mereka lebih memahami..Ibu memainkan peranan yang penting kerana mereka lebih memahami anak-anak mereka..Perhubungan tidak ada masaalahnya tetapi haruslah ada batasannya..

 

Post a Comment

<< Home