Monday, September 05, 2005

Katrina

Puting beliung Katrina yang melanda Amerika Syarikat mengingatkan kita akan bencana tsunami yang lalu... nyawa terkorban, harta benda musnah... apakah pengajaran yang boleh dipelajari daripada kejadian ini? Adakah hikmah di sebaliknya?

7 Comments:

At 7:53 pm, Anonymous Anonymous said...

hello cikguXD

Pada pendapat saya, pengajaran yang dapat dipelajari dari kedua-dua bencana ini ialah supaya selalu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang masalah. Negara-negara yang tidak terjejas haruslah menolong dan mengumpul dana untul membantuhi mereka. Mana tahu pada masa yang lain,kami sendiri yang dilanda sesuatu bencana.Hikmah disebaliknya?Mungkin ini semua berlaku sebagai sesuatu ujian untuk kami manusia. Kami seharusnya mengambil ini semua sebagai pengajaran dan menolong mereka yang memerlukan pertolongan.

ct(:

 
At 7:41 pm, Anonymous Anonymous said...

Dalam tahun 2005 ini, banyak bencana-bencana yang telah terjadi. Puting beliung yang terjadi di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa negara-negara haruslah bersiap-sedia untuk bencana alam seperti ini. Di dalam akhbar ditulis bahawa pihak pertolongan di Amerika Syarikat amat lembab dalam memberi pertolongan untuk orang-orangnya sendiri. Akibatnya, ramai yang terkorban kerana sebahagian dari New Orleans ditenggelam air. Negara-negara mestilah mengulurkan bantuan sebanyak mungkin kerana kami semua manusia juga. (: Hikmah disebaliknya, mungkin dunia ini ingin memberitahu manusia bahawa ia telah dirosakkan dengan perbuatan manusia. Dunia ini juga ada haiwan dan tumbuhan. Manusia haruslah dunia ini bukan hanya untuk manusia tetapi untuk haiwan dan tumbuhan yang lain juga.

ASILALA. (:

 
At 10:00 pm, Anonymous Anonymous said...

kedua-dua bencana tersebut mengajari kita untuk bersiap-sedia supaya jikalau bencana sebegini berlaku, kita tidak akan mengalami penderitaan yang begitu dahsyat. hikmah disebaliknya ialah mungkin tuhan ingin memberi sebuah ujian untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Mungkin juga ia suatu tanda bahawa manusia telah merosakkan dunia yang telah diberi kepada mereka. Manusia harus lebih prihatin terhadap alam sekitar. Kita harus memberi bantuan pada mangsa-mangsa bencana-bencana tersebut.

hidayah (:

 
At 9:39 pm, Anonymous Anonymous said...

Menurut saya, kedua bencana merupakan suatu ujian bagi kaum manusia di dunia. Pada masa seperti inilah pertalian hubungan antara bangsa sebaiknya lebih dieratkan. Sehingga, apabila terjadi bencana yang sama kita dapat saling membantu satu dengan yang lain.

Kita pun sebaiknya jangan mengambil segala sesuatu yang kita miliki sekarang secara seenaknya. Kerana segala sesuatu itu dapat saja hilang pada suatu saat. Maka dari itu, bencana ini mengajar kita agar senantiasa mensyukuri dan menggunakan segala sesuatunya dengan cermat.

Maka dari itu saudara-saudara sekalian, bersyukurlah kerana anda semua masih dikaruniai oleh Yang Maha Kuasa. Gunakanlah segala sesuatunya dengan cermat sehingga kelak nanti anda tidak akan menyesal.

Sekian pandangan dari saya.
Salam sejahtera

Rozzano

 
At 12:15 am, Anonymous Anonymous said...

Kita boleh mempelajari daripada bencana ini bahawa kita harus bersedia untuk menghadapi apa-apa sahaja yang boleh berlaku dan kita tidak patut berdiam diri. Oleh itu, kita harus cuba sedaya upaya untuk meneruskan hidup dengan cara yang terbaik sekali. Kita juga tidak patut membazirkan harta-harta yang boleh digunakan pada masa-masa rumit seperti berjudi. Kita juga tidak patut mengharapkan orang lain sahaja untuk meneruskan hidup dan harus cari jalan dengan sendiri untuk memulihkan apa-apa harta benda yang tidak musnah.

Saya rasa bahawa hikmah disebaliknya adalah kita patut bersyukur dengan seadanya dan kita harus menggunakannya sebagai satu pengajaran.

ulasan telah dihantar,
ada banyak kesilapan,
ini karya sendiri dari nebs,
puteri "busted" yang mata coklatan.

p.s.maaf kerana lambat! [membuat muka kesian]

 
At 3:40 pm, Anonymous Anonymous said...

kita harus bersiap sedia untuk menghadapi apa-apa bencana.tahu apa kita harus dilakukan jika kita ditimpa bencana. Bagaimana kita harus menjalani hidup kita jika di timpa bencana... apa harus dibawa...Bencana alam boleh berlaku bila-bila masa sahaja.hikmah di sebaliknya ialah tuhan ingin kita ingat bahawa dialah yang berkuasa dalam alam ini... Orang-orang harus ingat yang tuhan itu sentiasa menguji untuk menyedarkan manusia bahawa tuhan itu ada.Kita sebagai manusia patut memulihara alam sekitar ini. alam sekitar ini bukan milik kita. kita hanya menumpang sahaja.kita patut saling bantu-membantu jika ditimpa bencana. bukan senang untuk berdiri semula setelah ditimpa sesuatu yang dahsyat...

maaf lambat..
Shariffahhh..

 
At 12:46 am, Anonymous Anonymous said...

dah lpas pukul 12 pun..
o_O"

pengajaran yang dapat perolehi ini ialah bencana alam boleh diturunkan oleh tuhan kpd sesiapa sahaja..walaupun aceh dikatakan seabadi mekkah,ia tetap tidak terlepas dari bencana yang diturnkan tuhan..dan amerika pula walaupun teknologinye yang maju ia tetap tidak dapat melarikan diri..

jadi dgn itu saya rasa kita semua patut beramal selalu kerana tiada tempat di dunia ini yang selamat jika balak diturunkan atas kita..juga jgn lupa untuk menolong negara2 yang terjejas dengan seberapa boleh..

 

Post a Comment

<< Home