Friday, September 09, 2005

mula-mula pimpin tangan...

Di akhbar hari ini, dinyatakan antara punca remaja ingin melakukan perbuatan terkutuk adalah kerana mereka berpimpin tangan.. akibatnya terjadilah gejala-gejala seperti anak luar nikah, berkahwin pada usia yang muda dan kadar perceraian yang tinggi di kalangan masyarakat kita. Bagaimana kita sebagai sebuah masyarakat dapat membendung masalah ini? Apakah peranan guru dan rakan-rakan sekiranya mendapat tahu ada pelajar yang mempunyai teman lelaki atau teman wanita dan mereka berhubungan intim?

Wednesday, September 07, 2005

Hairan...

Syabas diucapkan kepada Akmal Syafiq (4E3) kerana berjaya mara ke peringkat akhir Peraduan Fasih Terjemah anjuran Majlis Pusat yang akan diadakan pada hari Sabtu ini (10 Sep, 2:30ptg) di Eunos CC... Akmal merupakan peserta tunggal daripada sekolah kita dalam peraduan tersebut... cg hairanlah..mengapa agaknya murid-murid Bahasa Melayu lain tidak mahu menyertai peraduan BM seperti ini? adakah kerana kurang yakin? atau 'tak kuasa'? atau ada sebab-sebab lain... apakah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan para pelajar Bahasa Melayu di sekolah kita untuk menyertai peraduan-peraduan seperti ini?

Monday, September 05, 2005

Katrina

Puting beliung Katrina yang melanda Amerika Syarikat mengingatkan kita akan bencana tsunami yang lalu... nyawa terkorban, harta benda musnah... apakah pengajaran yang boleh dipelajari daripada kejadian ini? Adakah hikmah di sebaliknya?