Thursday, March 16, 2006

Membaca suatu penyiksaan??

Cakap sahaja tentang perlunya membaca, ramai pelajar yang terus mengeluh... ada juga yang memberi pelbagai alasan seperti tiada masa untuk membaca, bosan membaca... tidakkah para pelajar sedar akan peri pentingnya membaca kerana ia membina kosa kata, meluaskan pengetahuan dan ini tentu sekali dapat meningkatkan penguasaan sesuatu bahasa... bagaimana pihak sekolah atau ibu bapa dapat menanam minat membaca di kalangan pelajar? apakah cara-cara kreatif yang boleh digunakan pihak sekolah dan ibu bapa untuk menggalakkan para pelajar membaca?

Sunday, March 12, 2006

Melepak...

Antara trend yang membimbangkan masyarakat Melayu kita ialah remaja-remaja yang suka melepak hingga larut malam.. apakah sebab-sebab ini berlaku dan apakah kesannya terhadap diri remaja itu dan juga pada masyarakat?