Thursday, March 10, 2005

Kurang ADAB

Ada beberapa murid Melayu yang semakin kurang adab, terutama sewaktu dalam kelas.. tidak kira kelas Bahasa Melayu mahupun kelas bagi mata pelajaran lain.. seringkali murid bertanya soalan tanpa mengangkat tangan.. mengeluarkan kata-kata yang kurang adab, bukan sahaja kepada rakan-rakan malah kepada guru-guru mereka juga.. di belakang guru disebut sahaja nama guru tanpa panggilan hormat seperti 'Mr' atau 'Miss' dan sebagainya.. cg hampa, kecewa, sedih apabila berdepan dengan murid-murid sebegini.. orang Melayu seharusnya bersopan santun, beradab dan rendah diri ('tidak sombong' bukan 'tiada keyakinan diri').. gagalkah cg dalam mengajar bahasa dan budaya Melayu? gagalkah ibu bapa yang penat mendidik mereka sejak kecil? Di manakah silapnya? Adakah pengaruh kawan serta media massa begitu kuat sehingga mengetepikan didikan yang telah diberikan? Ada sesiapa yang mempunyai jawapan???

2 Comments:

At 6:33 pm, Anonymous Anonymous said...

Mungkin, ibu bapa mereka kurang mengambil masa untuk mendidik anak mereka semasa mereka kecil. Apabila umur mereka meningkat, mereka semakin degil dan sudah agak lambat untuk sesiapa mendidik mereka sewaktu begini....(dari murid di kelas cg!)

 
At 11:57 pm, Anonymous Anonymous said...

harap tak terlambat..masih lagi ade 5 minit sebelum pukul 12!!!lol

begini lar cikgu..memangil nama cikgu2 tanpa 'mr','miss'atau lain lain,saya rasa bukan satu sikap kurang adab tetapi hanya masa ke masa murid lebih mahukan berkata2 dalam bahasa lagi 'ringkas'..itulah pendapat saya tetapi saya juga setuju dgn pendapat cikgu bahwa ada yg sikap berkurang ajar dan mengambik kesempatan untuk memain2kan nama guru meraka dgn sengaja...

 

Post a Comment

<< Home