Tuesday, March 08, 2005

maTerialisTik

Semalam 'Hanyut' memaparkan sikap remaja yang terlalu materialistik atau bersifat kebendaan.. Adakah awak juga begitu? Apakah barang yang telah awak beli baru-baru ini yang agak mahal?

2 Comments:

At 7:55 pm, Anonymous Anonymous said...

Dari kecil ibu saya selalu mengingati saya supaya bersyukur dengan apa yang saya miliki. Oleh kerana itu saya tidak perduli dengan barang-barang ternama. Pada pandangan saya, jika seorang pelajar itu seseorang yang materialistik, dia akan berkali-kali menukar beg dan kasutnya mengikut fesyen terkini. Beg dan kasut yang dibelinya itu harus yang ternama and termahal. Tetapi pada saya, saya tidak akan menghambur-hamburkan uang membeli beg and kasut yang mahal, selama beg dan kasut saya masih boleh bertahan hingga akhir tahun ini, saya akan menggunakannya untuk tahun depan.
Di kalangan remaja sekarang, kalau seorang pelajar itu ada barang-barang yang ternama, pelajar-pelajar yang lain pun hendak meniru-niru mereka seperti pepatah, "Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar".

 
At 10:34 pm, Anonymous Anonymous said...

Sikap materialistic ini tidak patut diamanahkan dan harus diberi perhatian.
Sebagai seorang remaja, saya juga minat dalam barang-barang yang begitu berjenama, tetapi jikalau mahu sebuah kasut atau beg yang berjenama seperti PUMA, adidas, REEBOK, PONY, NIKE, FILA yang mahal, saya akan mengumpul wang dengan sendiri supaya tidak meminta ibu dan bapa wang untuk membeli barang itu. Dan kerana itu, saya tidak amalkan membeli sesuatu yang begitu mahal kecuali saya harus membelinya.

Sikap ini kadang-kala menjadi sebuah penyakit. Dalam masyarakat kaum cina, mereka pantang dengan jenama, kerana jenama inilah yang akan mengatakan jikalau mereka itu kaya atau tidak. Lihatlah Orchard, mereka bergaya dalam baju berjenama.

Saya lebih suka memakai beg atau baju yang tidak berjenama kerana tidak ramai akan memakai baju yang sama. Say juga melukis baju saya sendiri dan kerana itu, tiada yang sama.

-nas 3e1

 

Post a Comment

<< Home