Saturday, February 05, 2005

Bertikam lidah

Tadi cg menemani beberapa orang murid yang bertuah yang dapat menghadiri bengkel bahas yang julung-julung kalinya dianjurkan 4PM(http://bahas4pm.blogspot.com) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.. nanti cg minta ketiga-tiga murid tu (dari kelas 4E) untuk berkongsi pengalaman mereka tentang cara-cara bertikam lidah dengan beretika.. mungkin pada masa depan boleh kita adakan perlawanan bahas antara kelas/peringkat.. mesti seronok.. tetapi..awak semua minat berbahas?

Baiklah, cg sudah ada pemenang bagi pantun dua kerat tempoh hari, iaitu E'zzati dari 3E4. Tahniah! Hari Isnin nanti cg beri hadiahnya, ya!

2 Comments:

At 11:48 pm, Anonymous Anonymous said...

Selamat Sejahtera Cikgu ! Saya Rozzano dari 3e2. Saya rasa perlawanan bahas antara kelas sangat menarik. Ini kerana, bukan sahaja kita dapat mendengarkan pengalaman dari kakak kelas kita cara berkongsi bahkan juga kita dapat mempelajari cara bertikam lidah dengan beretika. Dengan begitu, kita dapat meningkatkan diri kita lebih lagi akan bahasa melayu.
Perlawanan bahas ini juga mesti seronok sehingga murid- murid tidak cepat bosan.

Sekian saja komentar saya.

 
At 10:13 am, Blogger Cikgu M said...

Selamat sejahtera Rozzano! Mungkin sebagai permulaan, kita adakan bahas mini dalam kelas BM kita.. empat orang pencadang dan empat orang penyanggah..mauduk apa ya?

 

Post a Comment

<< Home