Friday, February 18, 2005

Hari PM

PM - Pertahanan Mutlak ler.. Sempena hari PM tahun ni, cg berkesempatan pergi ke Pusat Interpretatif 'Reflections at Bukit Chandu'... wah! canggih sungguh tempat ni.. tiga hari lepas cg juga berpeluang menghadiri Majlis Peringatan Mangsa-mangsa awam Perang Dunia Kedua di Connaught Drive... itulah kali pertama cg menghadiri majlis tersebut.. menarik menyaksikan cara majlis itu dijalankan.. banyak pengajaran yang dapat dipelajari melalui lawatan-lawatan ini.. murid-murid cg yang pergi ke tempat-tempat ni, kongsi ya!

9 Comments:

At 2:46 pm, Anonymous Anonymous said...

baiklah...ni nebs lagi...kerja ini patutnya kena hantar beberapa hari lalu...tetapi sekarang saya baru hantar...baiklah...

Bukit Chandu mempunyai banyak barang-barang yang moden,walaupun ia adalah satu tempat yang bersejarah.Pada mulanya, saya ingat bahawa ia cuma satu lawatan yang membosankan seperti lawatan ke 38th War Memorial Ceremony tetapi anggapan saya amat salah.

Pertama sekali,kami telah menonton video yang boleh dianggap sebagai pembuka mata kerana ia mempunyai sebuah peta tiga dimensional yang akan menunjuk di mana Singapura diserang.Selepas itu,kami ke satu bilik untuk menonton lagi satu video tetapi ia dimainkan di hadapan model kecil rumah-rumah dan pokok-pokok,seperti askarnya sedang betul-betul berada di dalam perang itu.

Selepas itu,kami melihat barang-barang yang telah digunakan pada masa lapang,seperti telefon dan sebagainya.Kemudian,kami naik ke tingkat dua dan masuk ke satu pawagam.Kami dipaksa untuk mengunakkan 'headphones' untuk memahami video yang akan ditunjuk.Apabila video itu ditayangkan, kami dapat mendengar 'sound effect' yang amat baik dan kami juga dapat bayangkan senario pada masa perang itu.Video itu juga banyak bercerita tentang Leftenan Adnan.Selepas itu,kami melihat senjata-senjata yang digunakan dan juga kenderaan-kenderaan yang digunakan seperti basikal dan sebagainya.Akhirnya, kami berjalan di satu jembatan dan kami boleh lihat dari sana tempat-tempat perang yang berlaku.

Begitulah cerita saya...kalau nak tahu lagi...PERGI SENDIRI!!!!! k lah...bye...

 
At 2:59 pm, Anonymous Anonymous said...

...Nadira di sini...ini adalah reflection saya tentang Bukit Chandu..

Bukit Chandu ialah salah satu tempat sejarah Singapura semasa peperangan Jepun.Lawatan ke sana amatlah berfaedah dan saya juga telah mempelajari berbagai-bagai facts tentang Bukit Chandu....

Cikgu,saya terpaksa sambung esok kerana sudah lewat untuk tarian...

 
At 10:46 pm, Anonymous Anonymous said...

hari PM itu amat menarik untuk saya. saya dapat menghadiri Majlis Peringatan Mangsa-mangsa awam Perang Dunia Kedua di Connaught Drive. Ahli-ahli ugama berlainan telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis itu. mereka berdoa untuk mangsa-mangsa tersebut. pekara yang saya tidak begitu minati tentang pengalaman ini adalah apabila abu daripada pembakaran kertas-kertas untuk mangsa china yang telah mati terbang ke arah kami. setelah kita pulang ke sekolah, badan dan rambut kami berbau seperti asap. Mudah-mudahan, ia tidak terjadi lagi pada majlis tahun depan. Itu sahaja yang dapat saya berkongsi dengan anda semua. sekian.

 
At 2:32 pm, Anonymous Anonymous said...

Nadira di sini...ini reflection untuk Bukit Chandu....

Bukit Chandu ialah salah satu tempat sejarah Singapura.Lawatan ke sana amatlah berfaedah dan memuaskan.Bukit Chandu itu menunjukan bagaimana askar-askar melayu ataupun disebutkan sebagai Malay Regiment,mengorbankan diri mereka untuk menyelamatkan Singapura dari serangan Jepun.Ini juga menunjukan bahawa mereka tidak mementingkan diri sendiri.Pada mulanya,kami menonton video tentang cara-cara serangan Jepun.Setelah itu,kami beralir ke bilik kecil yang mengandungi model rumah dan pokok.Di situ mereka menunjukan cara serangan mereka.Sungguh menarikan.Kami ke tingkat dua sesudah selesai aktiviti yang diadakan di blilk itu.Kami diarahkan ke dalam satu bilik yang memerlukan mengguna pancaindera kita.Kami harus menggunakan 'headphones' yang disediakan supaya kami boleh mendengar 'sound effect' yang tertentu.Dalam banyak-banyak aktiviti di Bukit Chandu,saya rasa aktiviti inilah yang menarik hati saya.Sambil mendengar,sesuatu video juga turut ditayangkan.Dari aktiviti ini,kami dapat mengetahui lebih mendalam tentang penderitaan orang-orang Singapura pada masa itu.Selepas itu,kami melihat-lihat barang-barang yang digunakan oleh askar-askar tidak kira Jepun ataupun Melayu.Sungguh antik dan cantik.Akhir sekali,kami berjalan di satu jembatan yang panjang.Pandangannya sungguh menarik.Kami boleh lihat dari mana askar-askar Jepun menyerang kita dengan lebih terang.

baiklah..cukup sampai di sini sahaja reflection saya untuk Bukit Chandu...BYE!!

 
At 9:20 pm, Anonymous Anonymous said...

heyy!!siti ni.

saya berasa bahawa Majlis Peringatan Mangsa-mangsa awam Perang Dunia Kedua di Connaught Drive ialah sesuatu 'experience' yang baik. Ia amat sedih melihat saudara mara mangsa-mangsa menangis mengingati mereka.Sangat
'saddening'.

 
At 8:30 pm, Anonymous Anonymous said...

asila here!(:

hehe.. okayokay. kelmarin, saya telah menghadiri Majlis Peringatan Mangsa-mangsa Awam Perang Dunia Kedua di Connaught Drive. majlis ini diadakan untuk mengingati mereka yang telah meninggal dunia semasa peperangan dunia kedua itu.. ia adalah pengalaman yang baik untuk menghadiri dan menyertai majlis ini supaya kita boleh sekurang-kurangnya mengingati mereka dan jasa yang mereka telah buat dahulu..

terima kasih! (:

 
At 8:26 pm, Anonymous Anonymous said...

Hei cikgu...ni nebs lagi…saya sudah buat balik kerja saya untuk hari pm...ok beginilah refleksi saya...

Ramai orang sekarang tidak menghargai Hari Pertahanan Mutlak lagi.Murid-murid sekarang cuma ambil hari ini dengan lewa kerana mereka rasa bahawa ia adalah sesuatu perkara yang sudah lepas, dan tidak akan berulang lagi.Mereka juga suka kerana mereka dapat elakkan diri daripada kelas-kelas yang mereka patut hadiri. Ada juga yang mengambil ringan tentang semua siren-siren yang disiarkan, dengan fikiran bahawa ia tidak akan digunakan lagi. Mungkin mereka tidak tahu betapa susah masa-masa perang dahulu dan ramai tidak menghargai kedamaian yang askar-askar telah berkorban untuk kebaikan kita. Saya harap bahawa generasi sekarang akan mengambil hari ini dengan lebih berat dan akan memberi kehormatan yang patut kepada hari yang bermakna itu. Sekian, terima kasih dan selamat tinggal...saya sudah tidak ada buah fikiran...maaf!!!

 
At 9:22 pm, Anonymous Anonymous said...

Salam Sejahtera dari Rozzano .
Berikut adalah komen saya akan kunjungan ke Bukit Chandu.

Pada hari Pertahanan Mutlak, kelas saya, 3e2 dan 3e4 pergi mengunjungi bukit chandu. Ini adalah lawatan pertama saya ke Bukit Chandu. Saya berfikir bahawa di sana kita hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh pemandu kita dan melihat barang-barang peninggalan sejarah dahulu. Tetapi ternyata tidak begitu.

Di Bukit Chandu, mereka mengembangkan cara untuk menarik perhatian pengunjung dan secara bersamaan memberi tahu pada mereka akan sejarah Singapura. Dengan cara begini, para pengunjung pun merasa terhibur dan tertarik lebih lagi akan sejarah Singapura, terutama pelajar. Mereka mempunyai berbagai peralatan modern untuk menceritakan kembali sejarah yang tersembunyi di Bukit Chandu tersebut. Sebagai contohnya, mereka menunjukan video 3 dimensi untuk menceritakan bagaimana Bukit Chandu sewaktu pasukan Jepun datang menyerang Singapura. Sungguh sedih benar ketika saya tahu bahawa hamper seluruh warga desa itu dibunuh oleh pasukan Jepun kecuali seorang anak. Anak inilah yang kemudian tumbuh dewasa dan menceritakan kejadian kembali kejadian pahit ini. Orang tuanya dibunuh didepan matanya sendiri dan dia pun terluka terkena pisau yang ditorehkan oleh salah satu pasukan Jepun tadi.

Walaupun saya bukanlah warga rakyat Singapura, saya pun turut berbagi rasa kasihan akan penderitaan yang telah dilalaui oleh masyarakat Singapura dahulu. Selain itu pengorbanan pasukan Malayan Regiment yang dengan gagah berani berperang dengan pasukan Jepun demi kepentingan kita semua. Namun dari lawatan itu, mereka mengajarkan saya untuk mesyukuri apa yang telah kita dapat pada masa ini, kerana perjuangan dan pengorbanan para pahlawan kitalah yang telah mengusahakannya. Maka dari itu tugas kita sekarang adalah untuk mempertahankan apa yang telah kita punya pada masa ini untuk dijaga da diperjuangkan lagi demi generasi yang akan datang.

 
At 7:34 pm, Blogger Cikgu M said...

Terima kasih kepada semua yang telah menghantar komen [ada yang sampai hantar sebanyak 2 kali :)] bagi lawatan-lawatan sempena Hari Pertahanan Mutlak.. Cg harap sifat-sifat mereka yang terkorban, khususnya askar-askar Melayu, seperti keberanian dan kesungguhan mempertahankan tanahair tercinta dapat kita contohi.. 'Biar putih tulang, jangan putih mata!'

 

Post a Comment

<< Home