Tuesday, February 15, 2005

Apa dah jadi?

Ada murid cg yang mengatakan rancangan doku-drama 'Hanyut' yang disiarkan di Suria kurang realistik.. tidak pasti pula sama ada dari segi lakonannya atau dari segi keadaan yang dipaparkan dalam rancangan itu. Walau apa pun, satu perkara yang menonjol yang dipaparkan dalam setiap episod ialah hubungan antara remaja dengan ibu bapa mereka. Nampaknya, setiap masalah berpunca di rumah.. ada yang terlalu dikongkong dan ada pula terlalu bebas..kalau dinasihati tidak mahu diterima..apa dah jadi dengan remaja kita sekarang??

8 Comments:

At 11:18 pm, Anonymous Anonymous said...

Selamat Sejahtera Cg. Shariffah sini... kecian cg tk ada orang nak hantar komen. Sekarang saya hantar...hahaha...ok...
Pada pendapat saya, remaja-remaja sekarang semakin liar. Mereka menjadi sebegini kerana mereka dikongkong atau terlalu bebas dan mereka sering tidak dapat perhatian di rumah. Sebab itu mereka ikut tingkah laku kawan kawan mereka.ada yang tidak dapat sepenuh kasih sayang dari ibu bapa. ibu bapa anggap mereka suda besar kelak, tahu menjaga diri sendiri tetapi mereka salah. ibu bapa mereka bertungkus lumus dengan kerja mereka tetapi anak mereka siakan-siakan semua itu. anak-anak tidak menghargai semuu itu. ibu bapa bekerja untuk kebaikkan dan masa depan anak mereka.Dengan ini, remaja campur dengan kawan2 lain untuk mencari perhatian. ada yang campur dengan yang baik dan kebanyakkan campur dengan yang tidak betul. Remaja senang terpengaruh dengan perbuatan yang tidak baik. kebanyakkan remaja hisab rokok pada usia muda, hisab dadah, membuat maksiat dan lain-lain lagi. ini semua akan hancurkan masa depan mereka.saya harap remaja akan fikir masak2 sebelum bertindak....

Shariffah..sori terlalu panjang... hehes..(^-^) senyum selalu...

 
At 9:38 am, Blogger Cikgu M said...

tidaklah panjang sangat.. pendapat yang awak berikan sangat baik!:)

 
At 10:30 pm, Anonymous Anonymous said...

(:

selamat malam cg.. minta maaf lah kerana saya seharusnya post comment ini dua hari yang lalu.. saya terlupa lah. hehe..

hmm.. pada pendapat saya, memang benar remaja-remaja generasi kita kini lebih liar dan berani menjawab bila di soal atau di teguh. Mungkin ia kerana mereka mahu kebebasan yang tidak dapat diberi oleh ibubapa mereka. Dengan itu, mereka menunjuk perasaan dengan menjadi lebih liar. Mereka sering meluangkan masa mereka di luar rumah bersama kawan-kawan mereka. Apabila mereka keluar, ada yang boleh terpengaruh dengan kebiasaan yang kurang baik dengan mudah.

Ibubapa pula mungkin tidak meluangkan secukup masa untuk bersama anak-anak mereka.. untuk berbincang tentang sekolah dan juga aktiviti-aktiviti lain. Mungkin remaja-remaja membuat perkara-perkara seperti mengisap rokok, memberontak terhadap ibubapa dan sebagainya untuk mendapatkan lebih perhatian..

perhubungan antara ibubapa dan anak-anak mereka harus dieratkan untuk memastikan bahawa anak-anak mereka akan menjadi seorang dewasa yang 'well-mannered'.

ahh. sampai situ sajalah cg comment saya pada malam ini. (: saya ngantuk lah.. haha. selamat malam.

 
At 2:38 pm, Anonymous Anonymous said...

selamat sejahtera cikgu.

ramai remaja pada zaman sekarang telah mempengaruhi banyak perangai yang buruk.selain daripada kekurangan moral dan disiplin, ramai juga yang tidak berbudi bahasa dan tidak bertutur dengan bahasa yang baik.

pada pendapat saya,ibu bapa sekarang tidak memberi perhatian yang cukup kepada anak mereka.oleh kerana ramai remaja mempunyai banyak kebebasan, mereka akan dapat rasa kebosanan dengan mudah.sama seperti yang dikurung di rumah selalu,beliau juga agan rasa bosan dan mahu mencuba kegiatan-kegiatan baru,tetapi malangnya kegiatan-kegiatan mereka tidak bermanfaat.

ramai remaja yang ingin menunjuk kekuatan atau keberanian diri sendiri dengan membuat perkara-perkare yang bodoh.ada juga yang melanggar undang-undang Islam,seperti menghisap rokok,menghisap dadah,meminum arak dan sebagainya.

walaupun ramai yang mempunyai banyak kebebasan, ada juga yang tidak mempunyai banyak kebebasan, seperti dikurung di rumah.seorang remaja yang sedang berada di dalam situasi tersebut akan mempunyai perasaan untuk melarikan diri dan membantah peraturan-peraturan yang diberi.

mungkin remaja-remaja sekarng terlalu terbiar dan lebih berani,atau mempunyai kebelakangan yang buruk.itulah pendapat saya.jika saya mempunyai lain-lain pendapat saya post lagi sekali lagi lain kali ya? selamat tinggal...

 
At 9:05 pm, Anonymous Anonymous said...

hi cg.siti ni..akhirnya saya dapat menghantar komen yg cikgu mahu selama 1 miggu ini.hehes.

pada pendapat saya..orang remaja pada hari ini berasa bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut suka hati mereka.kadang-kala mereka lupa bahawa mereka anak kepada dua orang tua yg sayang dan prihatin kepada mereka. walaupun ibu bapa mereka tidak menunjukkan..tidak bermakna bahawa mereka tidak kesah.

orang-orang remaja harus lebih matang dalam memikir..dan tidak melakukan apa sahaja yang mereka mahu..mereka tidak seharusnya merokok and menghisap dadah hanya untuk mendapat perhatian.

 
At 8:11 pm, Anonymous Anonymous said...

harlow cg.. agnotti d sini.. maaf cg saya tdk mempunyai masa untuk lungsuri internet.. Pendapat saya tentang remaja-remaja sekarang adalah remaja-remaja sekarang kini lebih liar dan tidak mempunyai tata tertib apabila bercakap dengan org yg lebih tua. Saya berkata demikian kerana remaja-remaja sekarang boleh dikatakan agak bebas untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Mereka yang dikatakan terkongkong di rumah juga liar kerana remaja-remaja akan memberontak kepada ibubapa mereka lebih2 lagi jika mereka tdk mendpt perhatian oleh sesiapa di rumah. ada di antara juga terlalu mangikut kawan-kawan mereka dan dipengaruh oleh mereka.
walaupun begitu, saya rasa remaja-remaja skrg tdk harus berlakuan demikian krn sebagai remaja saya rasa mereka sudah tentu matang dan dpt membandingkan antara yang baik dan buruk. memang susah untuk seseorg remaja itu tdk berkawan di sekolah tetapi saya rasa mereka harus tahu keutamaan mereka dan tdk mengikut kawan2 mrk sangat. remaja2 juga saya rasa harus tahu apa yang mereka lakukan. jangan terlalu mengikut perasaan sehingga bertutur dgn kasar kpd ibubapa. ibubapa juga tdk harus terlalu mengongkong anak anak remaja mrk krn mrk harus diberi peluang rasakan apa itu seorng remaja. ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dlm menjejak aktiviti2 anak remaja mrk untuk mengelakkan segala pkr2 yg tdk ingin berlaku. dgn ini saya rasa ibubapa harus bersikap lebih terbuka atas kehendak ank mrk. apabila anak ibubapa dan ank mrk dpt memahami antara satu sama lain, tentu tiada masalh yg akan berlaku. ibubapa sebenarnya memainkan peranan penting krn tanpa mrk seorg remaja itu mungkin sesat jln terutama lagi jika ibubapa bekerja. jadi perubahan kelakuan pda remaja2 kini bukan sahaja krn rakan2 mrk tetapi saya rasa krn ibubapa.. akhir.. saya rasa remaja skrg harus bersikap lebih terbuka dan berfikiran yg lebih matang krn semuanya terletak di tangan remaja itu sendiri...

 
At 8:53 pm, Anonymous Anonymous said...

hi cikgu! :) ni hidayah.

urm.. pada pendapat saya, remaja-remaja kini amat berbeza dengan remaja dahulu. mereka sering mementingkan diri sendiri. maklumlah, mereka terlalu dimanjakan. tetapi, ada juga yang mendahagakan kasih sayang daripada ibubapa. masalah-masalah yang dihadapi remaja biasanya berasal dari rumah mereka sendiri. masalah-masalah inilah yang membuat mereka berperangai sebegitu. ada pula yang terpengaruh oleh kawan-kawan mereka. ramai juga menginginkan kebebasan tetapi ada yang terlalu bebas sehingga membuat perkara-perkara yang melampaui batas. oleh kerana mereka sangat bebas, ibu bapa mereka tidak dapat mengawal mereka dan justeru itu tidak berkesempatan untuk mengiringi mereka terhadap perkara-perkara yang baik. kadang-kala, perhatian adalah jawapannya.

itulah pendapat saya. :)

 
At 6:32 pm, Anonymous Anonymous said...

Maaf beribu maaf cekgu. Saya Rozzano hendak mengantar komen ke sini. Beberapa hari ini saya tidak dapat menggunakan internet kerana ada kerusakan pada jaringan teleponnya. Langsung sahaja saya beri komen saya ini.

Remaja menurut saya adalah orang yang sedang bertumbuh untuk menjadi dewasa dan matang, kerana itu mereka mencoba untuk menjangkau serta mencari tahu lebih lagi akan keadaan sekitarnya lewat teman mereka. Teman merupakan faktor yang sangat penting kerana dari teman mereka dapat mencari tahu lebih lagi dan berkongsi akan pengalaman mereka sehari-hari. Ada baiknya kita dapat membiarkan remaja-remaja untuk bersama dengan temannya sebab dengan begitu mereka dapat mempunyai pengalaman akan hidup berada di tengah-tengah masyarakat seperti mereka bekerja nanti. Ini dikarenakan mereka akan menjumpai berbagai macam karakter dan sikap orang yang berbeda-beda.

Namun ada pula yang menjadi buruk kerana pengaruh temannya yang salah seperti merokok, minum minuman beralkohol, menggunakan narkoba dan sebagainya. Inilah yang membuat ibu bapa mereka khuatir akan anak-anak mereka. Sebab dari itu ibu bapa mereka mencuba cara untuk mencegah agar mereka tidak menjadi buruk.

Cara pertama, dengan menasihati mereka dengan baik. Ibu bapa mereka masih memberikan kebebasan kepada mereka untuk berlaku dengan kemauan mereka sendiri berdasarkan apa yang telah ibu bapa mereka usulkan. Cara ini pun cukup membawa hasil tetapi ada pun juga anak yang menentang orang tuanya.

Cara kedua dengan mengkongkong anak mereka agar dapat membatasi hubungan anak mereka dengan teman-temannya. Cara ini memang baik untuk menjaga anaknya tetapi dengan begini anak merasa tidak bebas dalam menjalani kehidupan sehari-harinya. Mereka pun merasa bagai di dalam sangkar burung. Burung pun apabila tidak suka berada dalam sangkar maka akan mati. Burung sahaja begitu apalagi manusia.

Maka untuk memperbaiki hubungan remaja dengan ibu bapa mereka, dibutuhkan kepercayaan dari masing-masing pihak. Ini bukan sahaja sekedar kepercayaan tetapi ini didapat dari membina hubungan yang baik antara anak dengan ibu bapa. Hubungan ini dibina sedikit demi sedikit yang akhirnya menjadi jembatan yang kokoh. Jembatan dimana mereka dapat saling mengerti satu sama lain apa bila mereka mendapat permasalahan di masa waktu yang akan datang.

Lalu, bagaimana akan hubungan anda dengan ibu bapa anda sendiri ?

 

Post a Comment

<< Home